Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Semangat nak kongsi dengan kawang-kawang kawan-kawan semua tentang Nuffnang yang telah menaja hadiah Birthday saya dua hari lepas dengan mengcreditkan CPUV Olay JAS Bundle ke Blog saya. Bulan September ni traffic di blog saya agak merudum .huhu.Mungkin faktor saya sudah kembali bekerja berbanding sebelum ini dapat berblog sepenuh masa.
Olay JAS Bundle ni merupakan CPUV yang ke-19 di blog saya dan merupakan yang pertama di bulan September. Apapun bersyukur dengan kurniaan rezeki Ilahi ni.Saya suka meminjam kata-kata seorang blogger senior yang pernah saya hubungi melalui email berkaitan Iklan Nuffnang dan cara mendapat CPUV dari Nuffnang.
Kita ni asalnya berblog memanglah sebab minat dan mengisi masa lapang. Tetapi jika pada masa yang sama kita boleh mendapat sedikit imbuhan daripada minat yang kita buat, apa salahnya kan.Anggaplah ia satu bonus dan pemangkin supaya terus rajin berblog dengan berkongsi perkara bermanfaat kepada pembaca...
Ini bukanlah entri bermegah-megah atau apa ye kawan-kawan semua, ini entri pembakar semangat dan dorongan supaya lebih ramai blogger dapat terus berkongsi info-info berguna dan bersama menyebarkan kebaikan kepada masyarakat.
Rahsia Mudah Nak Dapat CPUV Dari Nuffnang
Apa agaknya yang blogger senior itu bagitahu saya apabila saya bertanya tentang rahsia nak dapat CPUV dari Nuffnang ni ya ?aha..simple dimple je jawapannya : KEEP BLOGGING!

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!