Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah tadi, saya sempat membaca satu kisah menarik.(erkk..saya sempat membaca dalam perjalanan kerana setiap kali pulang dari sekolah, saya diambil oleh "Driver Encik Husband", jadi dalam tempoh 30 minit perjalanan, tentu bosan kalau dok sesaja kan.hehe )
Kisah ini saya dapati tatkala membuka akaun facebook dan melihat ada status terbaru pada halaman (pages) kelolaan dari negara jiran yang dikenali sebagai "cerita-cerita Motivasi".Saya memang mengemari cerita atau falsafah yang diperolehi tatkala membaca cerita-cerita seperti ini kerana kebanyakan cerita yang dikongsi di halaman itu merupakan kisah hidup sebenar yang diceritakan kembali kepada peminat halaman ini dalam bentuk yang santai dan mudah difahami.
Seperti yang saya beritahu tadi, cerita ini saya perolehi dari sebuah laman yang dikelolakan di negara jiran, maka sah-sahlah bahasa yang digunakan juga bahasa negara jiran kita. Saya cuba ringkaskan dan menulis mengikut pemahaman saya dengan harapan anda semua dapat memahami mesej yang dikongsi dalam cerita ini.
Begitulah kawan-kawan, secebis kisah kehidupan yang begitu menginspirasikan saya. Tidak terfikir pula saya walaupun saya tahu berkenaan pahala dan kebaikan yang amat banyak apabila kita bersedekah. Hebatnya pemikiran Ibu Elli tadi yang telah membuat persediaan untuk kehidupan di akhirat sana kerana kehidupan di sanalah yang kekal abadi, sedangkan dunia ini hanyalah persinggahan kita mengumpul bekalan untuk bahagia di sana nanti.
Tidak kan pernah terjangkau oleh pemikiran ahli ekonomi mana pun, cara menguruskan wang yang begitu berwawasan seperti Ibu Elli. Meskipun pada zahirmya kita melihat dia akan hilang hasil pendapatannya atau berkurang pendapatannya, tetapi dengan berfikir untuk kehidupan yang kekal di sana, Ibu Elli ini lebih tahu menilai, manakah harta dan pendapatan beliau yang sebenarnya. Ya, dia memberi dan berkurangan di sini, tetapi dia akan mendapat hasil yang lebih besar di sana...
Nota : Jika inginkan cerita yang lebih "real" bolehlah ke pages Cerita-cerita motivasi pada
pautan INI.
Wanita ini saya namakan Ibu Elli. Seorang wanita sederhana yang bekerja mengutip botol-botol plastik di jalanan atau tempat-tempat buangan sampah.Pendapatannya juga tidak seberapa ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Sesuai dengan pekerjaannya, Ibu Elli juga tinggal di sebuah pondok kecil yang sangat dhaif rupanya.
Suatu hari, saya sempat bersemuka dan berbual-bual dengan Ibu Elli.Kisah Ibu Elli yang meluangkan masanya dengan belajar mengaji dan menimba ilmu dengan seorang ustaz di surau yang jaraknya agak jauh dari rumah Ibu Elli telah saya ketahui sebelum ini.
Saya cuba berbicara secara santai menanggapi pemikiran Ibu Elli yang sentiasa tenang dan bersahaja meskipun pendapatan yang diperolehi hasil dari pekerjaannya sedikit cuma.Dalam kekurangan dan serba kesusahan, Ibu Elli masih tidak "takut" dan "lokek" untuk menyedekahkan wang hasil jualan botol plastiknya kepada ustaz yang mengajarnya.Tatkala ditanya, mengapa ia mahu menyedekahkan wangnya sedangkan ianya tidak mencukupi untuk dirinya sendiri, lalu di jawab Ibu Elli dengan yakin dan bersahaja :
Walaupun saya menyerahkan separuh hasil jualan botol plastik itu kepada ustaz tersebut, tetapi saya percaya ia akan menjadi hak saya apabila diakhirat sana, kerana ia menjadi pahala yang saya perolehi dengan bersedekah, tetapi jika saya belanjakan wang itu dengan membayar kepada tukang kasut atau peruncit beras, mungkin itu rezeki dan bahagian untuk mereka.Jadi yang menjadi rezeki dan bahagian yang sebenarnya kepada saya ialah wang yang saya sedekahkan kepada ustaz tadi..Untungkah Dengan Bersedekah ?
Begitulah kawan-kawan, secebis kisah kehidupan yang begitu menginspirasikan saya. Tidak terfikir pula saya walaupun saya tahu berkenaan pahala dan kebaikan yang amat banyak apabila kita bersedekah. Hebatnya pemikiran Ibu Elli tadi yang telah membuat persediaan untuk kehidupan di akhirat sana kerana kehidupan di sanalah yang kekal abadi, sedangkan dunia ini hanyalah persinggahan kita mengumpul bekalan untuk bahagia di sana nanti.
Tidak kan pernah terjangkau oleh pemikiran ahli ekonomi mana pun, cara menguruskan wang yang begitu berwawasan seperti Ibu Elli. Meskipun pada zahirmya kita melihat dia akan hilang hasil pendapatannya atau berkurang pendapatannya, tetapi dengan berfikir untuk kehidupan yang kekal di sana, Ibu Elli ini lebih tahu menilai, manakah harta dan pendapatan beliau yang sebenarnya. Ya, dia memberi dan berkurangan di sini, tetapi dia akan mendapat hasil yang lebih besar di sana...
Nota : Jika inginkan cerita yang lebih "real" bolehlah ke pages Cerita-cerita motivasi pada
pautan INI.
.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!