Bajet 2014: Bonus Kepada Kakitangan Awam dan BR1M

Dengan Bismillah dan Salam sejahtera,
Bonus Kepada Kakitangan Awam dalam Bajet 2014 tentunya menjadi topik utama yang di nantikan di kalangan kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Hal ini menjadi bualan hangat khasnya apabila Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) memohon supaya kerajaan memperuntukkan bonus sebanyak dua bulan gaji serta beberapa cadangan lain sebelum pembentangan Bajet 2014 diumumkan pada petang tadi.

Bajet 2014: Bonus Kepada Kakitangan Awam



Dalam pembentangan Bajet 2014 yang dilaporkan, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimun RM500 kepada penjawat awam. Sementara itu, bagi meringankan beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014.Demikian kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Memetik kenyataan beliau, terdahulu pada pada bulan Ogos 2013, kerajaan telah memperuntukkan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Bajet 2014: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)



Selain itu, dalam Bajet 2014 ini, Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini berkata :


sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," 
Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

SUMBER BERITA : KLIK SINI



Post a Comment

0 Comments