Bajet 2014 : CUEPACS Minta Bonus Dua Bulan Gaji

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Jika anda mengikuti perkembangan semasa, ramai sudah sedia maklum bahawa Pembentangan Bajet 2014 akan berlangsung pada 25 Oktober 2013 ( Jumaat ). Selain hasrat memperkukuh perkembangan ekonomi domestik, kerajaan juga akan memberi penumpuan kepada usaha mewujudkan sebuah asas ekonomi berdaya tahan dengan kadar pertumbuhan yang munasabah.


Bajet 2014 : CUEPACS Minta Bonus Dua Bulan Gaji 

Seiring dengan pembentangan Bajet 2014, ramai juga sudah tahu akan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan  supaya memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 nanti.

Menurut Presidennya Datuk Omar Osman, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Elaun Sara Hidup ( cola ) Di Selaras

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. 
Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. 

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. 

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah. 

Berikut merupakan butiran maklumat yang diminta oleh CUEPACS kepada kerajaan untuk dipertimbangkan semasa pembentangan Bajet 2014.
  • Pemberian bonus dua bulan gaji
  • Imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred
  • elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 
  • menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus 
  • memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan sederhana

PM akan Pertimbang Pemberian Bonus Dua Bulan Gaji

Sementara itu, ketika ditanya wartawan berkaitan permohonan dua bulan bonus untuk penjawat awam oleh CUEPACS, Najib berkata perkara itu sedang dipertimbangkan, namun bergantung kepada prestasi kewangan semasa kerajaan. 

Tunggulah selepas Bajet (2014) nanti... biarlah saya teliti akaun kerajaan dulu. Tumpuan kita sekarang mahu memperkukuhkan ekonomi domestik," katanya.

Sumber dari SINI.









Post a Comment

0 Comments