Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Baru-baru ini para penjawat awam (guru), khasnya di Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat berita yang memaklumkan bahawa sistem e-penyata Gaji yang biasanya menjadi rujukan untuk menyemak transkrip gaji bulanan mereka telah di godam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berita ini telah tersebar luas di kalangan kakitangan awam terutamanya melalui laman sosial seperti Facebook, whatsapp dan blog-blog tempatan.
e-Penyata Gaji DiGodam ?
Apabila hal ini tersebar, saya sendiri telah melawat laman pintas e-penyata gaji bagi memastikan adakah ianya benar atau sekadar hebahan palsu yang tidak perlu dipercayai.Saya masih tidak dapat merungkai kesahihan berita ini melainkan apa yang saya dapati terdapat sedikit perbezaan antara laman e-penyata gaji terdahulu dengan yang sekarang. Sila lihat perbezaannya di bawah :
Ini laman utama untuk login ke e-penyata gaji yang terdahulu |
| Yang ini pula (yang terbaharu ) laman yang sama tetapi ada sedikit penambahan info di bahagian bawah |
Setelah dinasihatkan oleh teman sekerja supaya tidak menyemak e-penyata gaji bagi bulan Oktober 2013, maka saya juga tidaklah berani untuk login ke laman tersebut.Khabarnya ramai kalangan guru yang mengemaskini akaun mereka tanpa sedar kerana menyangka bahawa arahan itu dikeluarkan oleh bahagian kewangan telah kehilangan beribu-ribu duit gaji mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, saya dapati ada beberapa blog yang memaparkan berita sebenar tentang hebahan yang kita dengar tentang kononnya laman pintas e-penyata gaji ini digodam.Dapatkan cerita sebenar isu ini di LAMAN BLOG INI.
Penjawat Awam Gaji Awal Bagi Bulan Oktober 2013
Berkenaan dengan kenyataan gaji kakitangan awam pada bulan Oktober 2013, jika merujuk kepada jadual atau tarikh gaji bagi bulan Oktober 2013 dijangka semua penjawat awam akan menerima gaji mereka mulai 10 Oktober 2013 ( Khamis ).Pengeluaran gaji awal ini ada kaitan dengan perayaan Aidil Adha yang diumumkan jatuh pada 15 Oktober 2013 ( Selasa ).Sila semak jadual di bawah berkaitan tarikh gaji kakitangan awam.
| Jadual Tarikh gaji Penjawat awam 2013 ( SUMBER ) |
Semoga dapat berbelanja dengan berhemah dan merancang kewangan anda dengan bijak!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!