Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Lega rasanya apabila sebahagian tugas dan kewajipan sudah berjaya ditunaikan, walaupun "terpaksa" bersengkang mata mengisi segala data murid berkaitan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ) yang dengarnya sudah tidak relevan untuk dilangsungkan bagi sesi persekolahan 2014 khasnya bagi murid KSSR tahun 4 ( batch pertama atau perintis KSSR ).Ya, begitulah sistem buatan manusia. Apa pun, semua pekerjaan jika kita lakukan tanpa rungutan dan keluhan sebenarnya akan menjadi 10 kali lebih mudah dan berkat.Percaya atau tak ? Fikirlah sendiri.
Kali ini, sebagai ganjaran sebab "cikgu sorang" ni berjaya bereskan tugasnya, jom kita baca entri terbaru.yeay!.Sungguh.Ada masa saya anggap menulis blog sebagai satu cara saya merehatkan diri daripada kekangan tugas yang tidak pernah berhenti dan habis.Seperti yang saya pernah sebut dalam ENTRI BELAJAR MENYUKAI.
jika kita tidak dapat membuat apa yang kita sukai, sukailah apa yang sedang kita buat. Dan apabila kita dapat buat apa yang kita sukai, maka buatlah dan lakukanlah dengan penuh kesungguhan dan kecintaan!
Usah Merungut dan Berkeluh kesah
Bila saya berkongsi tentang ini, bukanlah maknanya saya tidak pernah merungut dan mengeluh, jika tidak masakan saya boleh bercerita tentang hal ini kan? Kesan daripada " pernah merungut dan mengeluh " maka saya ingin kongsi bersama pembaca topik ini. Mulai sekarang, berhentilah daripada suka merungut dan mengeluh. Anda tidak akan mendapat dan menikmati kegembiraan dalam sebarang pekerjaan anda jika asyik merungut dan mengeluh. Percayalah!
Pengalaman kita berdepan pelbagai ragam manusia, mengajar kita supaya selalu ingat dan berhenti daripada mencari kesalahan orang lain.Pekerjaan merungut dan mencari kesalahan orang lain adalah pekerjaan orang yang tidak tahu bersyukur. Cuba dengar sendiri jika ada teman atau sesiapa yang anda kenali merungut tentang sesuatu, tidak akan terpancar diwajahnya riak senang dan tenang, maka jika begitu sebagai teman, apakah yang anda lakukan? Kalau saya senang je.Jangan banyak complain!heeee.
Saya pernah kenal dengan seseorang, dalam setiap kata-katanya tidak pernah lekang dengan ucapan AL Hamdulillah.Hampir setiap masa. Awalnya, saya fikir baguslah bila dapat sesuatu khabar gembira atau hal yang menyenangkan maka kita sebut Al Hamdulillah.Sebaliknya, dia ni, kalau tayar motor pancit pun dia ucap AlHamdulillah..Hebat tak? Selepas itu, barulah saya faham mengapa dia selalu dengan ucapan syukur dan pujian bagitu.
Pada pandangan saya, Cara berfikirnya itulah yang patut kita teladani. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, semua DIA yang tentukan.Sama ada baik buruk, nikmat dan musibah. Apabila hal ini berlaku, kita sebagai hambaNya yang lemah dan kerdil, tidak akan tahu adakah disebalik musibah atau dugaan yang datang itu, terkandung rahsia kebaikan yang banyak kepada kita. Maka, walaupun musibah yang datang orang yang saya ceritakan tadi masih tetap ucap AlHamdulillah.
Jadi, pesan saya untuk kali ini, jom kita berhenti merungut, mengeluh dan beralasan dalam sebarang pekerjaan yang kita lakukan. Ubah diri kita menjadi lebih bersyukur, redha dan ikhlas mengerjakan sesuatu.No Complain!

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!