Blog Cik Matahariku Dengan Template Megpite Percuma

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sejak dua minggu yang lalu, saya mencari-cari background sesuai untuk Blog saya. Bila sudah bertemu background yang saya sukai, warnanya tidak sepadan pula dengan header.Ada juga background yang sama warna dengan header, saya tidak berkenan pula dengan design background tersebut. Err..boleh tahan cerewet jugak cikgu sorang ni kan.haha.


Tukar Template Baru


Sudahnya, sedang elok-elok blogwalking, saya "terjumpa" ( macam jumpa duit tepi jalan je, gaya cerita dia.huh.) dengan Blog Hebat Ini. Haa, sekarang lihatlah hasilnya!Menawan kan.isk.Saya ingin cipta motivasi baru dalam berblog dengan menukar template yang saya sayangi INI.Yup! sebenarnya saya sendiri sudah hampir jemu melihat blog sedia ada.Kebetulan pula dengan Sambutan Tahun Baru Hijrah, saya memilih template dengan tema Biru untuk blog saya.

Okeh.Sebelum terlupa:
Salam Maal Hijrah kawan-kawan semua.Semoga hari ini anda lebih baik dan hebat dari semalam.Semalam yang kita tinggalkan, dan tak mungkin untuk kita jejaki kembali.Esok juga masih tidak pasti untuk kita, Maka hargailah semua kesempatan baik yang kita nikmati hari ini.Bukan untuk sesiapa, untuk kita juga.Buat bekalan meniti titian Sirat nanti..:)

Template Megpite Percuma


Sebelum berasa jemu dengan blog sendiri, Blog saya tampil dengan wajah baru kali ini kerana mengambil berat dan membuat pertimbangan akan beberapa perkara berkaitan blog yang pernah mendapat review di Blog Sheila dan Blog Rileks Minda.Selain itu, saya dapati loading blog saya juga mengambil masa sehingga 5 saat!.Ini bukanlah berita baik buat blog saya.

Buat masa ini, tak boleh cerita banyak tentang Template Megpite Percuma ni sebab saya belum sepenuhnya siap edit blog saya ini.Tunggu cuti sekolah nanti baru saya fokus kepada mengedit semula template ini.InsyaAllah.amin.


Post a Comment

0 Comments