Cara Asuh Anak Supaya Genius

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya bercuti panjang sempena Perayaan Deepavali tempohari dan bersambung terus sehingga sambutan Awal Muharam.Wahh..bestnya cuti panjang kan?Erkk..tak juga kali ni.huhu. Selain Encik Husband dan anak-anak bersekolah seperti biasa, saya juga harus menyiapkan penandaan kertas peperiksaan Akhir Tahun murid-murid saya.Saya tidak sabar menantikan cuti hujung tahun yang bakal menjelma kurang dari 10 hari sahaja lagi.Yeay!

Pagi-pagi tadi selepas Encik Suami dan anak-anak ke sekolah, saya login ke blog dan terus ke Alexa.com.Sedihnya tengok rank blog saya yang meningkat naik dan berkembang dengan pesatnya dek kerana beberapa hari lepas saya tidak update entri setiap hari.isk.isk.Kesibukan terhadap tugas hakiki memang tidak dapat dinafikan dan kini bersambung dengan tugas penandaan kertas peperiksaan.Cepat betul rank di Alexa.com tu berubah kan..

Cara Ketahui Anak Genius

cara ketahui anak genius

Sebagai usaha untuk "menguruskan" semula rank blog saya yang semakin besar angkanya,hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca DI SINI, berkaitan Cara Asuh Anak Supaya Genius.

Kajian saintifik menunjukkan para genius mempunyai beberapa ciri dan kemahiran yang membezakan mereka daripada orang lain.

Kemahiran itu dapat dikembangkan dengan lebih cepat dengan mengamalkan aktiviti sesuai yang dapat merangsang otak sebelah kanan.

Ciri-ciri genius
  • Ciri pertama adalah ketajaman visual. Seorang genius dapat melihat dengan jelas dan mempunyai persepsi kedalaman dan koordinasi mata dan tangan. Satu cara untuk membina kemahiran ini adalah dengan permainan skrin sentuh untuk menguji kemahiran pengenalan visual.

  • Seorang genius juga mudah mempelajari bahasa baru. Ini termasuk memahami perkataan, penguasaan kosa kata yang luas dan kebolehan melahirkan pendapat dengan mudah.Satu daripada cara untuk menguji kosa kata dan ejaan adalah dengan bermain silang kata. Selain itu, latihan menyebut perkataan dan menulis perkataan "hello" dalam bahasa berlainan juga berkesan.

  • Seorang genius juga menunjukkan perkembangan intelektual tinggi dan kebolehan menyelesaikan masalah dengan baik, selain berfikiran analitis dan mempunyai kefahaman logikal. Permainan menyelesaikan masalah dan aktiviti skrin sentuh dapat membantu otak dengan latihan intelektual.
Empat Orang Genius di Dunia

elbert einstein-anak genius

  • Beethoven adalah antara komposer paling terkenal dan berpengaruh di dunia. Beliau terus menggubah lagu, memimpin orkestra dan bermain alat muzik walaupun setelah menjadi pekak. 
  • Isaac Newton pula merumuskan undang-undang graviti setelah melihat sebiji epal gugur dari pokok, dan teorinya dalam bidang fizik dan matematik masih digunapakai dunia sains berabad setelah pemergiannya
  • Albert Einstein pula adalah simbol genius dan saintis paling terkenal pada abad ke-20. Beliau membuat banyak penemuan saintifik termasuk Teori Relativiti.   
  • Tan Sri P. Ramlee juga seorang genius. Kebolehannya memainkan enam watak serentak iaitu sebagai pelakon, pengarah filem, Penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit tidak dapat ditandingi walaupun 40 tahun selepas kematiannya.
Artikel ini menyebut secara ringkas akan ciri-ciri genius yang boleh kita ketahui terutamanya kepada kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak-anak kecil yang berusia lingkungan 1-6 tahun.Tempoh masa inilah yang dikatakan sangat penting bagi menjadikan dan merangsang anak-anak anda supaya lebih bijak dan genius apabila dewasa kelak.

Kajian perubatan menunjukkan otak genius dapat dibina dengan pengayaan minda, asuhan dan nutrisi yang sesuai ketika tahun-tahun awal.Tempoh masa paling penting dalam perkembangan minda seorang kanak-kanak ialah 1,365 hari pertama dalam hidup mereka. Lapan puluh peratus struktur dan pembentukan otak berlaku dalam tempoh itu. Selamat membaca dan mengasuh anak anda menjadi genius!







Post a Comment

0 Comments