Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Pehh..rasa ganjil pulak bila post entri dengan tajuk macam ni kan?haha.Yelah, saat orang lain sudah pun mempunyai mungkin 1000 atau 500 000 peminat sendiri dalam Fan Page di Facebook masing-masing, saya baru terhegeh-hegeh nak bagitahu pada anda semua sekarang ini saya sudah ada Fan Page Blog Cik Matahariku di Facebook.Ok ke tak ni?
Fan Page Blog Cik Matahariku
Okeh.Sebenarnya, saya sudah mula mempunyai Fan Page sendiri sejak aktif semula berblog pada penghujung 2012 ( kalau tak silap makcik arr..).Tapi masa tu, rasa tak sesuai dan tak layak sebab followers tak ramai dan segan nak mintak kengkawan atau kaum kerabat untuk LIKE Fan Page sendiri.haha.Rasa macam "kecik hati dan kecewa" je sebab tadak sorang pun nak LIKE Fan Page tu.sedih.( Dah ekau pon malas nak promo blog sendiri sapa suruh kan..).Jadi saya simpan je dulu Fan Page Blog Cik Matahariku.
Ada seperkara lagi yang mendorong saya supaya memperkenalkan dan mempromosi Fan Page sendiri ni kerana ENTRI INI. Saya ada kongsi perasaan saya dalam ENTRI INI, kerana "takut" apabila blog saya dikunjungi lebih 10k sehari kerana kisah kematian seorang anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam. Kisah Syahidnya yang mendapat kemuliaan di Turki.Ya,anak muda hebat ini memang memberi impak besar kepada semua yang mengenali dan tidak mengenalinya.
Semasa menulis tentang anak muda ini, saya hanya berkongsi kisahnya kerana dia merupakan bekas pelajar saya semasa berkhidmat di Seri Al Huda, Gombak beberapa tahun lalu.Rupanya,Kisah kematiannya menjadi "berita utama" yang dicari oleh ramai orang selepas itu ( Kerana kisah syahid dan diri Allahyarham yang istimewa).
Salah satu punca Blog Cik Matahariku dikunjungi sehingga jumlah itu kerana entri yang saya terbitkan itu telah dikongsi dan disebarkan oleh Bonda Allahyarham Ahmad Ammar sendiri di Facebook beliau. Malah bukan itu sahaja, selepas ahli keluarga Ahmad Ammar menubuhkan page Sehidimiz Ahmad Ammar pautan ke entri tersebut di kongsi sekali lagi.Sehingga sekarang ini, entri itu masih lagi lawati oleh para pengunjung.
Mengapa Facebook Menjadi Pilihan ?
Barulah saya faham mengapa ramai blogger berpengalaman banyak membicarakan tentang kelebihan menggunakan Facebook sebagai medium terbaik menyampaikan maklumat dan juga info terkini berkaitan post di blog. Itu belum lagi kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan online dan menjadikan Facebook sebagai "online shop" depa.
Satu lagi, sekarang ni semua orang ada Facebook sendiri kan.Ramai pula yang rajin update status atau sekadar berkongsi dan mendapatkan banyak maklumat dari Facebook masing-masing. Jadi, ini juga faktor pendorong kenapa kita semua kena LIKE Fan Page Blog Cik Matahariku ( erkk..terlebih sudah..).haha.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!