Kisah Kematian Yang Membawa Pertemuan

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Minggu terakhir persekolahan, menjadi minggu yang sangat sibuk bagi saya dan juga guru-guru lain. Sebaik selesai menanda dan menyemak kertas ujian murid, perlu pula berbincang dan analisis soalan dan jawapan murid, hari ini saya selesai memasukkan kesemua markah murid saya dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Kisah Kematian Yang Membawa Pertemuan

Sebagai ganjarannya,aikk..saya memang selalu beri ganjaran kepada diri sendiri jika saya berjaya selesaikan satu-satu pekerjaan dengan baik.AlHamdulillah. Seperti entri INI, maka hari ini saya ingin kongsi sedikit berita gembira kerana dengan entri saya TENTANG KEMATIAN YANG DICEMBURUI, saya dipertemukan secara tidak sengaja dengan seorang junior saya semasa belajar di UKM, beberapa tahun lalu.

Kami bercerita hal kematian orang yang sama.Tentang seorang anak muda yang bernama Ahmad Ammar B Ahmad Azam.Bezanya, Ahmad Ammar ini merupakan anak kepada seseorang yang pernah menjadi ketuanya.Setakat saya "terjebak" dalam dunia blogger ini, belum pernah sekalipun saya terserempak atau bertemu secara maya dengan mana-mana rakan yang saya kenali. Tetapi kerana kisah kematian Anak Muda Ammar ini, saya "terserempak" dengan url teman seusrah merangkap tuan punya blog ini di laman engin carian Google.

Kisah Pertemuan Dengan Sahabat Lama



Saya terfikir untuk menaip semula kata kunci yang terdapat di search keywords blog saya apabila ada yang menaip begini : Kisah kematian Ahmad Ammar. Selepas saya taip kata kunci itu, maka tersenarailah blog saya bersama beberapa blog lain. Antaranya blog junior merangkap sahabat seusrah saya dahulu semasa di UKM, Bangi. Selepas membaca entri ringkas tuan blog, ditambah dengan sekeping gambar yang disertakan di Google Profile, tahulah saya bahawa ummuamar.blogspot.com kepunyaan sahabat baik yang sudah lama tidak berjumpa. Dia merupakan anak kelahiran Selangor dan kami sama-sama aktif semasa mengikuti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) waktu di kampus dahulu.


Wahh, ini kebetulan atau perancangan yang sudah diatur Ilahi? Kisah Kematian Ahmad Ammar kini menjadi asbab saya bertemu seorang sahabat seusrah yang lama tidak bersua muka. Hebat dan cantiknya perancangan Ilahi kan..Allahhu Akbar.


Inilah Blog Teman seusrah saya dengan nama AMAR...IMAN...RAYYAN
Kepada sahabat seusrah yang saya kenali dengan panggilan Izzah, semoga pertemuan ini menjadi pencetus kepada panjangnya tali ukhwah yang pernah kita jalinkan bersama dahulu.Betapa besarnya Hikmah yang Tuhan datangkan kepada saya dan mungkin juga ramai lagi rakan taulan kepada Ahmad Ammar.Perginya dengan seribu kebaikan yang ditinggalkan.

Seperkara lagi yang membuat saya hampir sahaja berasa terkilan, kerana Blog teman saya ini sebenarnya juga tersenarai dalam bloglist Ciklaili.com sebagai blog yang tersenarai dalam list rakan ciklaili, padahal selalu je saya singgah blog ciklaili.com ni.huhu.Sesungguhnya Tuhan memberi masa yang panjang untuk kita memahami hikmah sesuatu takdirnya itu.

Penghujung bicara kongsi rasa ini, saya mohon semoga Tuhan ampuni saya jika kekurangan dan kelemahan saya sendiri yang menjadi sebab tali persahabatan dan ukhwah saya dengan ramai rakan dan sahabat-sahabat yang budiman ini sepertinya "terputus" ditengah jalan.Kepada Izzah yang dikasihi, semoga ukhwah yang sedia terbina berpanjangan dan diberkati Ilahi.amin.

Post a Comment

0 Comments