Maksud Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )

Dengan Bismillah dan Salam sejahtera,
Saya tidaklah pasti bilakah tarikh sebenar Logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) mula berubah wajah.Tetapi saya mula menyedarinya sebaik sahaja singgah di Blog KPM yang berkongsi akan logo baharu KPM dan menterjemahkan sekali maksud di sebalik logo baharu KPM ini. Logo baharu KPM ini telah direka bentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin dan  Mohd Faizal Ahmad daripada Majlis Rekabentuk Malaysia.

Logo Terbaharu KPM


Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.

Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 


Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. 

Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsiannya. Ia sangat bermanfaat. Tapi cumanya, perkataan "ilmu" dalam Bahasa Arab dimula dengan huruf "ain", bukan huruf "alif"

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!