Takwim Persekolahan Tahun 2014

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Entri khas kepada cikgu cikgi seluruh Malaysia.hehe.Anda semua boleh dapatkan Takwim Persekolahan Tahun 2014 dengan download secara PDF di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya tahu, takwim ini bukan sahaja menjadi panduan para guru dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mereka di sekolah, malah kebanyakan ibu bapa juga ingin mengetahui tarikh cuti umum dan cuti peristiwa sepanjang tahun 2014 sebagai panduan dalam menguruskan hal persekolahan anak-anak.

Okeh, memandangkan saya baik hati dan mood terlebih rajin hari ni, sudilah apa kiranya saya kongsikan terus Takwim tersebut dengan anda semua.Yeay!!.

Sila Klik Gambar Supaya Lebih Jelas
Oleh kerana saya ambil Takwin Persekolahan ini bulat-bulat dari KPM, maka tidaklah saya berani dan memandai-mandai untuk mengeditnya.Ini kerana seperti yang kita semua maklum mulai tahun 2014, Kerajaan Johor telah mewartakan cuti hujung minggu negeri berkenaan ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.Maka haruslah, mulai tahun depan, Johor akan mengikut cuti dari Kumpulan A iaitu negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Cikgu Cikgi di Johor jangan salah tengok Kumpulan pulak ya.haha.Jika anda inginkan gambar yang lebih jelas, boleh klik pautan ini : Takwim Persekolahan Tahun 2014.

Selain itu, anda juga boleh merujuk tarikh bagi Cuti peristiwa dan cuti berganti yang saya kongsikan pada pautan ini: Cuti Ganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2014.

Selamat merancang Urusan Kerjaya dan Keluarga  anda bagi tahun 2014 :)

Post a Comment

0 Comments