Bloglist Istimewa Edisi Disember Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sudah lama saya memikirkan untuk meletakkan senarai bloglist dalam blog saya ni. Dulu, semasa mula-mula berblog, saya letakkan beberapa blog yang saya sukai dalam Bloglist. Masa tu, saya siap kategorikan ikut niche blog tersebut sama ada blog tutorial, blog masakan, blog panduan blogger dan juga blog penulis novel.

Bloglist Tanda Terima Kasih

Beberapa lama selepas itu,saya ada terbaca mengenai bloglist yang terlalu banyak dalam blog akan jejaskan traffic ke blog kita. Masa tu baru belajar dan blog pun belum ramai followers ( sekarang pun tidaklah ramai sangat juga..heee, tapi ;lebih baik dari dulu:).Maka, saya pun "tutup" sementara bloglist saya.Pun pada masa yang sama, saya rajin edit blog masa tu, maka ruang bloglist saya ganti dengan gadget yang lain.



Pada bulan Disember ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada beberapa blog yang menyenaraikan blog saya dalam bloglist blog mereka.Saya sangat terharu dengan kebaikan mereka dan ada juga yang saya senaraikan kerana kesudian mereka menghantar komen dalam beberapa entri saya.Jadi, apa salahnya jika orang berbudi, kita berbahasa kan..:). Terimalah ini sebagai tanda persahabatan kita di alam maya..:)

Senarai Bloglist Istimewa Edisi Disember



Jom semak senarai Bloglist Istimewa Edisi Disember saya di bawah ini, manalah tahu blog anda ada dalam senarai..:)
Ingin Sertai Bloglist Istimewa Edisi Disember ?
Seandainya ada kalangan blogger yang berminat untuk sertai Bloglist Istimewa Edisi Disember ini saya alu-alukan tetapi dengan beberapa syarat.Jom,semak syarat-syaratnya kengkawan semua..:)

Syarat-syarat Sertai Bloglist Istimewa Edisi Disember :
  • Copy and paste logo Segmen Bloglist Istimewa Edisi DisemberBlog Cik Matahariku
  •  Sila lengkapkan pernyataan ini dan tulis dalam entri anda :
    Saya ingin sertai Bloglist Istimewa Edisi Disember Blog Cik Matahariku kerana................... 
  • Buat satu entri ( dengan cara lengkapkan pernyataan di atas ) dengan tajuk "Bloglist Istimewa Edisi Disember Blog Cik Matahariku" dan tinggalkan url entri anda dalam ruangan komen dibawah ini sahaja.
  • Sila LIKE Fan Page Blog Cik Matahariku.
  • Sila Follow Blog Cik Matahariku di Google+
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Disember 2013 ( Ahad )
  • Semua blog yang menyertai segmen ini akan terpilih ke dalam Bloglist Blog Cik Matahariku tetapi istimewa kepada 5 penyertaan dengan Sebab paling kreatif akan direview blog mereka.
  • Penghakiman akan dibuat sendiri oleh Cik Matahariku dan keputusan yang diberi adalah muktamad.
  • Syarat -syarat dalam segmen ini tertakluk kepada sebarang pindaan.
Apa Yang Istimewa Dengan Bloglist ini ?

Entahlah.haha.Banyak sebab kenapa saya "tergerak hati" nak buat segmen (erkk..kalau sesuai dipanggil segmen).Sebabnya inilah kali pertama saya buat segmen dan hasrat utama asalnya hendak dedikasikan bloglist Disember ini istimewa kepada blogger yang rajin singgah blog saya dan hantar komen, dan juga kepada blogger yang memasukkan blog saya dalam bloglist mereka.

Selepas membuat beberapa pertimbangan, terfikir pula untuk pelawa kepada blogger yang lain supaya dapat menyertai bloglist Istimewa blog saya ini, maka dari situ wujudlah idea untuk buat segmen ini sambil membina ukhwah persahabatan sesama rakan blogger.Tetapi untuk rakan blogger yang lain, perlulah saya letakkan beberapa syarat supaya lebih meriah dan ada sedikit cabarannya segmen ini kan..:)

Selamat menyertai segmen ini kepada semua blogger:) Marilah bersama kita luaskan dunia persahabatan sesama rakan blogger di Malaysia.Terima kasih..:)







Post a Comment

0 Comments