Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Akhirnya..ya, akhirnya! tertunai juga hasrat hati saya untuk menulis Entri Hujung Musim ini.Banyak kali tertangguh.Sehingga saya sendiri tidak berani untuk memberi jaminan bahawa saya sempat menulis seperti ini pada lain masa nanti.Penghujung tahun 2013, benar-benar tidak memberi peluang kepada saya "bermanja-manja" dengan blog kesayangan ini.wahh, sibuk benar nampaknya ya!
Entri Hujung Musim
Ya, memang begitulah.Masa yang diambil untuk menulis entri ini pun saya "curi" ketika berasa sangat mengantuk untuk menyiapkan laporan Hari Orientasi sekolah.haha.Mengelat betul kan.Tengok jam dekat wall rumah pun, ni memang time penduduk bumi melekap kat bantal.waaa.Ini bukan terpaksa atau terseksa ya...
Tapi tulah, teringat pesan Abah Ammar ( ayah kepada seorang anak muda yang dijemput Ilahi ketika usianya 20 tahun, dikatakan ketika dirinya berada pada tahap paling bagus dalam hidupnya dan kematiannya digelar sebagai as syahid..ya, yang kematiannya sangat dicemburui..:).
Kata Abah Ammar :
Semasa hayat Ammar, beliau ada meluahkan rasa lelah dan letihnya dalam khidmat dakwah dan ingin merehatkan diri sebentar.Namun luahan ini dijawab Ammar dengan spontan:
Abah..Jangan berhenti.Teruskan usaha dakwah dan perjuangan ini. Kalau nak berehat, rehatlah nanti sepuas-puasnya dalam Syurga Allah..
Apa lagi manusia sekerdil saya mampu fikir apabila seorang anak menasihati ayahnya begitu. Sebuah pesanan dan dorongan yang membangkitkan rasa kuat dan bersemangat dalam diri.
Saya mohon semoga Allah terima pekerjaan saya sebagai ibadah saya juga. Saya harap apabila saya berusaha menunaikan kewajipan saya sebaiknya, itulah perjuangan saya untuk bina jiwa amanah kepada tugas dalam diri. Biarlah saya sibuk sedikit, biarlah saya penat urus rumatangga dan kerjaya, asalkan Allah tidak tanya apakah yang saya perbuat dengan masa yang dia pinjamkan kepada saya?.Harap kita semua boleh begitu.amin.
Oh ya, bagaimana tahun 2013 anda? Banyakkah yang sudah dimanfaatkan kepada orang lain? Saya ingin ajak anda semua berfikir begini.Apabila kita rasa ada tanggungjawab, sebenarnya itulah manfaat dan pengorbanan kita kepada orang lain.Itulah yang patut kita jaga dan usahakan sungguh-sungguh.Kita tidak mahu "di sana" nanti kita tidak dapat "jawab" atas apa yang kita "tanggung".Sebab itulah, dunia ini bukan tempat berehat-rehat.Boleh, jika benar kita ingin "berasa rehat".Dimana dan bila untuk kita berasa rehat?
Waktu solat itulah waktu kita merehatkan dan menenangkan diri.Waktu itulah waktu terbaik kita mengadu kepadaNya, memohon rahmat dan HidayahNya, meminta segala urusan kita dalam menunaikan kewajipan di dunia dan akhirat ini dipermudahkan.
Hmmm...Dalam pada mengantuk, sempat juga saya siapkan entri hujung musim ini.hehe.Nampaknya, cukuplah untuk kali ini.Entri untuk pengunjung blog atau silent readers atau pembaca setia blog saya yang tak seberapa ni.huhu.Sampai jumpa lagi.Semoga terus ikhlas dalam menunaikan amanah yang yang diberi..:)

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!