Bantuan Khas Awal Persekolahan Di beri Januari 2014

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Sebagaimana yang kita semua maklum, mulai tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua murid di sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini diperkenalkan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung Ibu bapa.Pada tahun 2014, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Khas awal persekolahan yang dijangka akan di terima oleh semua murid di sekolah rendah dan menengah mulai 15 Januari 2014.

tarikh bayaran bantuan khas awal persekolahan


Syarat Kelayakan menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan

Berikut merupakan beberapa panduan yang berkaitan kelayakan murid yang seharusnya menerima bantuan khas persekolahan dan juga beberapa perkara berkaitan pelaksanaan pemberian bantuan khas persekolahan ini kepada semua murid mulai pertengahan Januari ini yang diperolehi DARI SINI :

1. Syarat Kelayakan
  • Murid yang menerima mestilah seorang warganegara Malaysia
  • Jika murid bukan warganaegara Malaysia,maka ibu bapanya atau salah seorang darinya adalah seorang warganegara Malaysia.
  • Murid itu hendaklah bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
  • Murid itu juga hendaklah bersekolah dalam tingkatan 1 hingga lima atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2014.
2. Kadar Bantuan
  • Setiap murid layak mendapat bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM 100.
3.Tarikh Mula Bayaran
  • Bayaran bantuan khas awal persekolahan ini akan dibayar secara berperingkat mulai 15 Januari 2014.
Dengan pelbagai isu akan kenaikan harga barangan,para ibu bapa diharap dapat menarik sedikit nafas lega berikutan pembayaran bantuan khas awal persekolahan ini. Meskipun penyediaan keperluan persekolahan anak-anak merupakan tanggungjawab ibu bapa, bantuan khas awal persekolahan ini patut diteruskan dan dikaji semula jumlah pemberiannya memandangkan kos hidup pada masa kini yang melihat nilai RM100 itu bukan lagi satu nilai yang dapat diganti dengan pelbagai barangan keperluan murid. 

Apapun berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga dan bersyukur serta berjimat dalam keadaan peruntukkan kewangan yang terhad merupakan tindakan dan alternatif bijak dalam mengurus kewangan keluarga anda.

Selamat mengurus perbelanjaan keluarga dengan berhemah:)

Post a Comment

0 Comments