Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sebegini lama mencari masa sesuai untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada anda semua.Anda yang mungkin pengikut setia blog saya.Blog yang dimiliki oleh seorang cikgu yang "sangat malas" update blog sendiri.haha.Walaupun begitu, "kemalasan" ini sebenarnya berpunca dek "kerajinan dan kesibukan" saya menguruskan kerjaya sepenuh masa sendiri.Betul sangat kalau anda fikir, dalam hidup ini, kita tak mampu untuk miliki semua perkara.
Tuhan ciptakan kita dengan fitrah, perlukan pergantungan dan tidak ada keupayaan untuk buat semua perkara dalam satu masa seorang diri.Sebab sejak awal lagi, kita memang sudah kena sedar diri bahawa "seorang hamba" seperti kita ini, memang sepatutnya sibuk bekerja seperti yang saya singkap dalam Entri Hujung Musim.
Ikhlas Semut Hitam
Macamlah takde tajuk lain nak bagi dekat post kali ini kan..Tapi tulah.Dah itu yang paling sesuai dengan apa yang saya nak kongsi di blog ini.Ikhlas Semut Hitam ni bukan cerita tentang semut hitam ya.erkk.Satu hari, dihujung solat saya pada awal tahun baru, saya berazam untuk pilih Ikhlas sebagai azam tahun baru 2014.Erkk, belum-belum dah canang nak tunjuk baik dan ikhlas.Haa..nampak bukan,susah betul nak dapat rasa ikhlas tu.haih.
Pernah baca atau tahu pasal semut hitam yang dikaitkan dengan sifat Ikhlas? Seingat saya, pertama kali saya membaca ungkapan ini semasa saya di sekolah menengah.Masa tu, saya sedang belek sebuah lukisan, dan dihujung atau bawah lukisan itu tertulis begini :
Ikhlas itu ibarat seekor semut hitam yang sedang berjalan di atas batu yang hitam, pada waktu malam yang sangat kelam.
Kadang-kadang ikhlas ni bukan melalui tutur kata sahaja, tengok pada perbuatan atau tindak tanduk seseorang pun, kita boleh tahu dia ikhlas atau tidak.wah, bukan main lagi tulis ayat, macamlah kita boleh nampak atau baca apa yang ada dalam hati seseorang kan.Jadi, apa perlunya Ikhlas ini? Ada masa, ikhlas tu bukan untuk di lihat denga mata, tetapi datang dekat hati untuk dirasa.Betulkah ini?
Ikhlas itu kategori mana? Sifat atau akhlak? Saya suka melihat Ikhlas itu seumpama akhlak yang jujur, tiada kepentingan untuk diri, telus, tenang,redha, banyak nilai kebaikan dan ada tanda kesungguhan.Mungkin ini definisi ikhlas bagi saya.Anda pula bagaimana?
Saya pasang azam ikhlas ni pun sebab banyak perkara.Nak berhenti dengan sikap jahil yang adakala perasan bagus, pentingkan diri, sangka tidak baik dekat orang lain dan banyak lagi.Bukan senang nak berubah, tetapi setiap masa hidup ini memang menuntut kita untuk berubah.Berubah demi kebaikan.Maaf semua kalau catatan ini memeningkan dan tidak seperti diharapkan.Jumpa lagi.InsyaAllah.wasalam.

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!