Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Seingat saya, kali pertama saya betul-betul memikirkan tentang konsep "Kebetulan" dalam kehidupan saya, hanyalah setelah saya mengikuti siri-siri kisah kematian seorang anak muda yang digelar Scheimid Ammar atau disebut juga Syahid yang tertangguh.Seluruh dunia mulai mengenali anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini hanya setelah beliau selamat dikebumikan di sebuah Tanah Perkuburan yang letaknya berhampiran dengan makam sahabat Nabi yang terkenal iaitu Abu Ayub Al Ansari.Ya, beliau dikenali pada hari Kematiannya dan menjadi bualan penduduk bumi kerana Kematiannya yang sangat dicemburui..
Siri catatan tentang Ahmad Ammar sejak saya mendapat berita kematiannya dari seorang teman, sehinggalah catatan ini ditulis, semuanya saya ulang baca dan ianya ibarat lembaran ilmu kembali kepadaNya : Semuanya telah disuratkan, tiada yang Kebetulan!
Siri catatan tentang Ahmad Ammar sejak saya mendapat berita kematiannya dari seorang teman, sehinggalah catatan ini ditulis, semuanya saya ulang baca dan ianya ibarat lembaran ilmu kembali kepadaNya : Semuanya telah disuratkan, tiada yang Kebetulan!
Apakah Itu Kebetulan ?
Ya, mungkin selama ini saya "terpedaya" atau "terkeliru" dengan istilah kebetulan, yang jika saya tidak bersungguh memikirkannya, mungkin sahaja saya seperti menafikan satu kuasa tertinggi di alam ini yang mengatur dan mentadbir semua perkara dengan bijaksana, teliti, tepat dan penuh hikmah.Apabila saya mendengar khutbah yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal pada hari jenazah Ahmad Ammar akan disemadikan, Beliau menyebut tentang kematian Ahmad Ammar yang telah dipilih olehNya dengan cara sebegitu rupa. Mana mungkin segala yang berkaitan dengan anak muda ini sehinggalah dia terpilih untuk dimakamkan berhampiran makam sahabat nabi juga sebagai suatu KEBETULAN.Subhanalah...
Beberapa hari lepas pula, seorang teman di sekolah mengirimkan kepada saya satu nukilan indah berkaitan KEBETULAN ini.Sekali lagi, saya bagaikan "disuruh" berfikir dan "memahami" bahawa tiada satu pun apa yang saya lalui, apa yang saya nikmati atau sesiapa sahaja yang saya kenali didunia ini, datang dalam hidup saya dengan KEBETULAN.Allahuakbar!Maha suci Allah yang maha memberi petunjuk dan hidayah kepada setiap hambaNya.
Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu,tiba-tiba terfikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan kepada seseorang?
Itu adalah ALLAH yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu.
Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tetapi rasanya sulit untuk kau dapatkan,
Itu adalah ALLAH yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya...Semua yang kita rasai ini bukanlah kebetulan.Pasti ada yang merancang dan mengaturnya.Pasti ada hikmah yang tersendiri, yang hanya kita perolehi dan fahami jika kita berusaha mendekatiNya.
Muhasabah Konsep Kebetulan
Isyarat kebetulan yang saya pelajari ini memberi satu impak dalam diri saya, bahawa perkara kecil atau besar dalam hidup saya, semuanya telah Allah susun dan tadbir dengan begitu teliti. Anda juga harus fikir begitu. Tatkala anda ingin minum petang, datang seorang rakan menghulur secawan teh tarik, itu bukanlah kebetulan.Hal ini memang sudah Allah tentukan dan pasti ada hikmah atau kebaikan yang harus pula kita sedari.
Ingatan tentang hal kebetulan ini mendorong saya mengingati semula banyak perkara akan laluan perjalanan kehidupan saya.Baru saya faham dan mula menyedari mengapa saya mendapat begitu dan mengapa saya menerima ini.Semuanya telah DIA rancang dengan sebaik-baik perancangan.
Harapan Saya Kepada Anda
Tidak banyak yang saya mohon jika anda terbaca atau mengikuti siri muhasabah saya di blog ini. Semuanya bukan kebetulan. Sama ada anda terbaca, tersesat ke blog saya, terjumpa artikel ini, semuanya DIA tentukan dengan hikmah tersembunyi. Carilah apakah hikmahnya untuk anda.Allah gerakkan hati saya menulis tentang ini juga pasti dengan perancangannya yang rapi.Mohon maaf jika banyak kekurangan dengan post kali ini, saya masih "'terkial-kial" mengukur dan kerap "tersasar" dalam menyubur iman di hati..


0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!