CPUV Februari

Dengan Bismillah dan Salam sejahtera,
Tak tahulah, agaknya ada tak readers yang bosan atau cemburu dengan saya ya?haha.sungguh perasan ayat ini. Tetapi sebagai manusia biasa yang pasang iklan di blog dengan Cik Nuffnang, harus ada rasa gembira jika iklan yang dipasang di blog sebenarnya telah membuahkan hasil.Al Hamdulillah.Macam CPUV terbaru bulan Februari yang saya dapat ni.Cer tengok sat..



Entahlah.Setiap kali dapat CPUV terbaru, rasa nak kongsi je dengan kengkawan semua.Kalau tak klik pun takpe.Cumanya rasa satu tanggungjawab pulak, nak kongsi antara sebab musabab, blog saya "masih ada harapan" walaupun tidak selalu berkongsi info hangat atau publish entri terbaru.Yeay!



Jangan lupa kemaskini survey yang disediakan Nuffnang

Bagi saya, jika ingin mendapat, haruslah banyak memberi:).Begitu juga dengan kes CPUV yang Nufnang beri dekat blog kita ni. Kalau kita tak rajin update survey di Nuffnang dan jarang-jarang singgah ke Blog depa, mahukah mereka recommended blog kita kepada advertiser ?Tentulah tidak kan?

Jadi,apa yang saya buat ialah,dalam sebulan sekali, saya akan update survey di Nuffnang atau singgah ke Blog depa setiap kali Nuffnang kongsikan berita atau info terbaru.Kalau kengkawan nak update survey dekat Nuffnang, boleh klik update survey nuffnang.Inilah antara sebab yang saya nampak, blog saya tidak pernah"kering" dari mendapat CPUV dari Nuffnang.hehe.Erkk..walaupun ada masa dapat CPUV Misteri dan jumlah yang kita perolehi cuma suam-suam kuku je.

Adakah Nuffnang masih relevan di Blog ?



Soalan ini memang patut ditanyakan kepada semua blogger di Malaysia yang memilih Nuffnang sebagai syarikat pengiklanan di blog mereka.Bagi saya,dari segi ke"relevanan" itu masih ada cumanya,kalau boleh, "up"lah sikit hitungan "pay per click" tu kan..uhuk..uhuk.Barulah boleh bersaing dengan banyak lagi syarikat pengiklan yang kini menawarkan imbuhan yang lagi berbaloi macam H12 media ( sebab dibayar dalam USD )tu kan..

Satu lagi, khasnya kepada warga blogger yang mempunyai status Glitterati dengan Nuffnang.Mungkin ada imbuhan yang lebih istimewa jika dapat capai bilangan UV yang meletup ke..apa-apalahkan..:)Harap Team Nuffnang akan terus bekerja keras dan memastikan semua blogger yang masih setia dengan Nuffnang terus dihargai dan disayangi..hehheh.

Post a Comment

0 Comments