Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sempena meraikan CPUV IKEA February Sales 2014 yang Cik Nuffnang beri kat blog saya,jadi entri kali ini saya nak buat review percuma tentang jualan di IKEA yang bermula 20 Februari hingga 5 Mac 2014.Memang rambang mata kalau pi tengok barang jualan di IKEA ni kan..Ni Kira window shoppinglah..:)
Sebenarnya dekat IKEA ni banyak betul deparment dia, jadi kita tengok dulu ikut yang mana tuan tanah blog ni berkenan ya..:)
1. Ruangan dan Set Barangan Dapur
Saya ni,walaupun belum taraf master chef di dapur, tetapi saya sangat sukakan ruangan dapur dan berangan memiliki set barangan dapur dari IKEA yang memang cantik-cantik dan comel-comel ni.Barulah Feel memasak tu datang..eceh..ceh..)
Sesetengah orang memang pandai memasak. Sesetengah lagi perlukan sedikit bantuan dengan peralatan bijak yang melakukan dua (atau lima) tugas dalam satu masa. Peralatan tahan lama yang menyeronokkan ketika mempelajari resipi baharu - walaupun ia memerlukan banyak percubaan. Ia turut menyediakan cara untuk menyimpan dan menjimatkan makanan agar kita kurang membazir.
2. Perabot kanak-kanak
Ini satu lagi barangan yang saya tak jemu lihat dan perhatikan untuk kegunaan anak-anak kecil saya. Seperti kata IKEA :perabot untuk insan terpenting di dunia.
3. Tekstil dan Hiasan Ruang Tamu
Ruang tamu anda adalah ruang anda berkongsi kisah anda. Perabot ruang tamu IKEA membantu anda melakukannya - dengan banyak cara mempamerkan perkara yang telah anda lakukan dan tempat yang telah anda kunjungi, serta beberapa tempat duduk yang selesa - kerana berkongsi kisah bersama yang tersayang adalah menyeronokkan.
Sebenarnya banyak lagi nak kongsi dalam blog ni, tapi tak larat dah nak pilih gambar-gambar yang menarik dan barangan yang sesuai dengan harga berpatutan untuk dimiliki. Jangan lepaskan peluang ini kerana kesempatan yang baik tidak selalu datang kan..:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!