Iklan Nuffnang Terbaharu 2014

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Banyak cerita ingin dikongsi dengan pengunjung atau pembaca blog ini, tetapi apakan daya, komitmen terhadap pekerjaan utama saya sangatlah banyak, dan baru sahaja selesai sepanjang hari ini setelah berhempas pulas dan bekerja sehingga hujung minggu sejak awal Januari lalu kerana pencalonan Bai`ah ( new deal ) yang diperolehi sekolah.

Rasanya kami semua sudah lakukan yang terbaik, kalau ada rezeki kami, Insya Allah. Tetapi jika tidak, pencalonan sekolah untuk mendapat Bai`ah ini sedikit sebanyak memberi impak positif terutamanya kepada guru seperti saya yang ada masa terpaksa berbahagi tugas dan menyenaraikan manakah yang harus saya selesaikan dulu.Cikgu sekarang bukanlah cikgu dahulu..huhu..

Erkk..nak cerita lain, tapi dah tertaip lain.Inilah akibatnya kalau dah lama sangat tak update blog.Terkial-kial jugak saya nak tekan menu mana untuk setting penulisan ini .haha.kesian.Dah tengok tajuk entri kali ini?.Ya, itulah dia. Blog saya baru sahaja mendapat iklan terbaharu untuk tahun 2014.Yeay, suka sangat sebab ingat Nuffnang dah tak sudi nak promote blog saya ni lagi.huwaaaa.okeh.Terima kasih Cik Nuffnang yang baik hati.erkk.( tang dapat iklan, baiklah sangat kan, tang ko tak dapat iklan, dan-dan nak cuba iklan lain..).



Apalagi kengkawan semua, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik je iklan tu,takde masalah punya..:). Tak silap saya, Nuffnang pun ada update dekat blog depa tentang contest berkaitan review produk Nivea Skin Conditioner ni.Cuma tak pasti, duedate contest tu dah lepas ke belum. Ekau checklah sendiri. 

Cuma sedikit confius, awat ada satu iklan yang saya dapat ni, tarikhnya 3 March, tapi sudah credited..heran betul makcik.Apapaun,bersyukur kerana blog saya masih ada harapan..hahha.Terima kasih semua yang singgah sini.Cemburu dengan anda yang punya masa untuk drop komen dan blogwalking..huhu. 

Post a Comment

0 Comments