Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Wahh, tengok tajuk je dah rasa satu macam dan semacam kan.Entahlah.Kali ini rasa nak tukar niche bloglah pulak macam Abang Nara kita ni. haha. Erkk..maaf.saya bukanlah peminat gossip-gossip artis ni, tapi nak ambil tahu pasal penulis blog atau blogger yang empunya blog terkenal tentang gossip artis Malaysia ni.Lepas saya baca cerita yang beliau kongsi tentang bagaimana beliau "terjebak" ke dunia penulisan blog, rasanya ada sesuatu yang saya boleh kongsi dengan kengkawan semua.Ya, tentang salah satu sebab kenapa beliau pilih niche tentang hal gossip artis Malaysia sebagai pengisian di blognya.
Jom, tengok apa yang beliau catat dalam kisahnya yang saya baca di Blog Nuffnang, iaitu selepas beliau terpilih sebagai Featured Blogger Of The Month of February 2014 :
Pada mulanya tujuan utama kewujudan “BeautifulNara” ialah untuk berkongsi tempat-tempat indah dan pelancongan di Korea. “Nara” adalah perkataan Korea yang bermaksud negara. Namun entah macam mana ia bertukar kepada perkumpulan kisah-kisah mengenai selebriti tempatan. Apabila melihat ramai orang masuk ke BeautifulNara untuk membaca perkembangan terkini para artis, diri ini terus teruja dan terus “go on with flow”. Sehingga ke hari ini sudah lebih kurang 6 tahun blog BeautifulNara diwujudkan. Lama kan?
Hmmm.Saya setuju juga dengan pendapat Abang Nara kita ni. Inilah antara cara yang boleh kita lakukan bagi memastikan blog kita terus bertahan. Pilih satu isu atau sebab melalui entri di blog kita yang mendapat paparan atau pageviews terbanyak sebagai sebab musabab untuk kita kongsikan entri lain yang berkaitan.
Satu lagi yang saya suka tentang pendekatan beliau ialah dengan tagline yang beliau gunakan dalam blognya iaitu : Bergossip secara berhemah. Kita ni, kalau dah keluar tanduk (haha) gossip dah tak kira berhemah ke tidak.Sah-sah bila kemaruk bergossip, rasional tu rasa macam dah letak kat hujung kaki, banyak ikut emosi.Melalui penulisan di blog beliau, beliau harap pembaca yang komen atau beri pendapat tentang gossip artis Malaysia ni, jangan percaya bulat-bulat apa yang kita dengar. Memang pun kan.
Selalu kalau orang bercakap mengenai “gosip”, pasti akan ingat cerita yang buruk dan tidak elok mengenai seseorang. Namun di BeautifulNara, Abang Nara mengajak membaca sambil berfikir dengan lebih mendalam mengenai sesuatu gosip. Ada pendapat Abang Nara sendiri. Kadang-kadang Abang Nara sendiri mempertikaikan “gosip” yang muncul selagi tidak ada bukti. Malah di ruangan komen pun Abang Nara akan pantau semampu boleh untuk menghalang ayat-ayat yang berbaur kurang ajar. Kesimpulannya Abang Nara nak ajak para pembaca berfikir sebelum mempercayai sesuatu gosip tersebut.
Tak kiralah gossip artis Malaysia ke, teman sepejabat ke, teman sekesekolah ke ( erkk..ada ke perkataan ni dalam BM..).Kita memang tidak layak untuk pandang buruk atau sangka buruk dekat orang lain.
Okehlah,kalau ada sesiapa yang suka lepak dan singgah blog Beautifulnara ni, boleh je kalau nak baca tentang pengalaman dan kisah hidup blogger ini dalam Kisah Hidup Blogger Beautifulnara. Jangan lupa ambil benda baik dalam perkara buruk yang kita ketahui atau lalui...

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!