Kursus Pembangunan Kompetensi Guru Tahun 2014

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Dua minggu lepas, seorang sahabat baik semasa menyambung belajar dalam KPLI, telah berkongsi satu pautan mengenai Kursus Pembangunan Kompetensi Guru Tahun 2014 di whatapps kepada saya. Pada masa tu, tengah fokus dan sibuk dengan segala urusan Tawaran Bai`ah yang diterima sekolah, jadi saya hanya forwardkan mesej tu kepada rakan sekerja dengan medium yang sama. Kali ini baru saya berkesempatan untuk kongsikan pautan tersebut dengan anda semua, pembaca di blog saya.

Pasti ramai dari kalangan rakan sejawat yang tertanya-tanya akan kursus ini.Ia sebenarnya satu kursus yang ditawarkan kepada penjawat awam guru sahaja dan hanya dihadkan mengikut gred tertentu dalam satu tempoh pelaksanaannya.Disini, saya kongsikan maklumat sebenar yang saya ambil terus dari sumber asal berkaitan kursus ini.

Surat Siaran Kursus Pembangunan Kompetensi Guru Tahun 2014 kepada sekolah

Ini merupakan petikan surat siaran yang boleh anda rujuk sumber asalnya DI SINI, yang memaklumkan supaya semua guru yang terlibat dalam gred yang dinyatakan segera membuat permohonan mengikuti kursus ini. 

Sukacita dimaklumkan, Bahagian ini telah membangunkan portfolio program latihan bagi menghadapi setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen penilaian baharu. Tujuan utama pembangunan portfolio latihan ini untuk memberikan kompetensi asas dan baharu yang perlu dikuasai. Kumpulan guru akan ditentukan secara berperingkat dan diwajibkan menghadiri kursus ini. Hal ini dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Rujuk 5-11).
Bagi pelaksanaan kursus pembangunan kompetensi Tahun 2014, Bahagian ini telah mensasarkan kumpulan PPP (guru) seperti yang dinyatakan pada Lampiran A . Kursus ini hanya perlu dihadiri sekali dalam gred berkenaan dan dijalankan secara sepenuh masa dalam jangkamasa 30 jam (secara pakej) bermula bulan Mac hingga November 2014. 
Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/Puan, dipohon untuk memastikan kumpulan guru yang dinyatakan di atas membuat permohonan secara dalam talian/ on-line di laman web Bahagian ini, iaitu http://apps.moe.gov.my/abpo/bpgonline dalam tempoh yang dinyatakan tanpa gagal.
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/Puan, juga dipohon memanjangkan siaran ini kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pengetua/ Guru Besar di bawah seliaan.Sebarang pertanyaan berkenaan kursus pembangunan kompetensi mohon hubungi pegawai latihan di jabatan pendidikan negeri masing-masing.
Jadual Kursus Pembangunan Kompetensi Guru Tahun 2014

Berikut pula, merupakan lampiran jadual berkaitan kursus ini dan melibatkan beberapa kumpulan gred dari kalangan penjawat awam guru.

Sekiranya guru yang terlibat, inginkan maklumat lebih terperinci, anda juga boleh terus ke Pautan ini bagi memudahkan semua urusan permohonan anda.Pautan ini, antara lain membolehkan anda terus membuat permohonan kursus yang dinyatakan dan memahami tatacara permohonan yang telah disediakan kepada semua guru terlibat.



Post a Comment

0 Comments