Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Minggu lepas,para penerima BR1M ramai yang berkongsi status di laman sosial masing-masing akan penerimaan wang BR1M seperti yang telah diumumkan kerajaan dalam Bajet 2014. Ada juga khabar-khabar angin yang melaporkan terdapat sebilangan pemohon yang menolak pemberian BR1M kerana merasakan mereka sudah tidak layak mendapat bantuan ini. Anda bagaimana?
Sebab-Sebab Permohonan BR1M Ditolak
Terdapat juga sebilangan orang awam yang memohon, tetapi tidak berjaya dalam permohonan mereka.Anehnya, mereka mendakwa bahawa permohonan mereka pada tahun sebelumnya telah diluluskan.Lalu,apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah terdapat mana-mana "lompong" atau "kebocoran" semasa pemilihan atau penerimaan BR1M ini?
Bagi menjawab isu ini, saya berkesempatan berkongsi dengan anda beberapa sebab musabab mengapa permohonan BR1M anda gagal pada kali ini. Nah, cuba semak dan perhalusi sebab berlakunya kes gagal dalam permohonan BR1M tahun 2014.
Jenis Kereta Menjadi Sebab Utama ?
Jenis kereta yang dimiliki seseorang boleh menjadi faktor penentu sama ada mereka layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia Rakyat (BR1M).Banyak permohonan telah ditolak kerana :
- pemohon memiliki kenderaan yang melebihi kapasiti enjin yang ditetapkan.
- Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata mereka yang memiliki kereta Proton atau Perodua (yang didaftarkan antara 2007 dan 2011) lebih daripada 1,600 cc dan kereta jenama lain (yang berdaftar dari 2007 hingga 2011) dengan kapasiti enjin lebih 1,500cc tidak layak untuk mendapat bantuan.
- Pemohon yang memiliki motosikal (yang dibuat dari 2007 hingga 2011) kapasiti enjin lebih daripada 500cc atau bersamaan juga ditolak.
- permohonan ditolak kerana terdapat pengulangan nama dalam borang permohonan yang berbeza.
- Sebanyak 15.65 peratus atau 153,764 permohonan telah ditolak kerana nama mereka telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
- permohonan yang ditolak itu mendakwa diri sebagai ibu tunggal, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka apabila memohon untuk dana.
- pemohon lain mendakwa mereka telah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama pasangan mereka
Kelayakan Memohon BR1M
Beliau berkata setakat ini, kerajaan telah menerima 4.8 juta permohonan untuk bantuan RM500 di bawah inisiatif BR1M, di mana 3.8 juta telah diluluskan.
BR1M inisiatif telah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.
Penutup
Beberapa isu yang dinyatakan menunjukkan kecenderungan segelintir pemohon BR1M yang tidak menyatakan hal sebenar dalam borang permohonan.Sikap sebegini bukan sahaja menyusahkan pihak pengurusan BR1M, malah ia kembali menyusahkan diri sendiri kerana tidak teliti dan telus dalam hal-hal menepati kehendak pengisian borang.
Mungkin ada juga yang cuba menanguk di air yang keruh,jika terjadi sebegini, ia amat menyedihkan kerana menutup banyak peluang mereka yang benar-benar layak pula.Apapun, keberkatan dan mencari rezeki dari sumber yang halal jangan dipandang remeh kerana jika hal ini tidak diambil peduli, bantuan sebanyak mana pun yang kita perolehi,ia tetap tidak akan mencukupi malah memudaratkan diri sendiri.wallahualam...
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!