Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Baru sahaja selesai window shopping dari IKEA. Pehh. Memang dahsyat dan terbaiklah promosi terbaharu dari IKEA sempena IKEA February Sales. Disebabkan minggu kerja, jadi saya window shopping dekat monitor Ultra Book saya ni jelah.haha.Langsung tak berpeluh dan sakit kaki.Cakap jelah ko memang sayang lemaks-lemaks tu kan.heheh.
Dalam pada window shopping tadi,sempat jugaklah saya baca beberapa tips yang depa kat IKEA ni bagi untuk semua pelanggan yang ingin berbelanja di sana.Jom,kita tengok dulu manalah tahu kan,panduan yang depa sarankan ini memang berbaloi untuk kita ikuti.Yelah kan, makcik KIAH ( Opss..sebut IKEA ya..) yang kita nak pi shopping ni bukan besaq sekangkang kera je,so ada baiknya kita ikut nasihat ni supaya nanti takde sesiapa yang sakit kaki dan mulut lutut segala bagai..haha.
Tips Membeli belah dari IKEA
2.Pelajari bagaimana cara membeli barangan di IKEA:
- Selain salinan katalog kami untuk anda membuat rujukan, IKEA juga menyediakan pita pengukur, pensil dan pad nota buat anda menulis maklumat produk dan senarai harga barangan yang anda inginkan. Dapatkan beg kuning yang besar untuk anda mengambil barangan kecil kegemaran anda. Kami juga menyediakan troli untuk kemudahan anda.
- Anda memilih, membuat perbandingan dan menguji segala produk kami di Bilik Pameran.
- Dengan hanya melihat tanda harga. Ia jelas segala maklumat tentang produk tersebut. Anda akan mendapati segala maklumat terperinci tentang produk ada di dalamnya termasuk tanda harga - warna, bahan, saiz, ciri-ciri dan cara penjagaannya.
- Anda akan melihat di mana lokasi untuk mengambil produk ini di kawasan perabot layan-diri di Markethall kami.
- Ataupun anda boleh mencari staf kami dan beritahu produk apa yang anda mahukan. Lihat kepada tanda harga. Ia jelas menunjukkan dimana sepatutnya anda pergi.
3.Rancang sebelum anda membeli.Anda haruslah mempunyai perancangan awal untuk
mendapatkan produk bagi bahagian atau jenis apa.
- Perancang pejabat
- Perancang dapur
- Perancang almari pakaian PAX
- Perancang storan BESTÃ…
- Perancang bilik mandi
4. Jika anda seperti saya yang suka window shopping dekat skrin atau monitor, maka jangan risau.hahha.Anda kini berpeluang mendapatkan segala info tentang IKEA February Sales ni melalui aplikasi berikut :
- Katalog dan brosur IKEA
- Muat turun atau lihat dalam talian
- Aplikasi telefon
- Aplikasi Android
- Aplikasi iPhone & iPad
5.Di sini juga anda boleh mendapatkan beberapa perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan penghantaran,pemasangan dapur dan jahitan.
Nampaknya, kita sudah ada panduan lengkap tentang tips berbelanja di IKEA, jadi sekarang tips yang terakhir ialah bawa wang ringgit yang secukupnya ya!.:)
Nampaknya, kita sudah ada panduan lengkap tentang tips berbelanja di IKEA, jadi sekarang tips yang terakhir ialah bawa wang ringgit yang secukupnya ya!.:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!