Gambar Simulator Kapten Zaharie

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Misteri Kehilangan Pesawat Mas MH 370 semakin mendatangkan banyak soalan dan pelbagai spekulasi.Berita terbaru yang dimaklumkan ialah pihak Polis mengesahkan telah menyiasat rumah dua juruterbang MH370 dan menemubual ahli keluarga, di samping memeriksa simulator kapten pesawat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Simulator dari rumah kapten juruterbang pesawat yang masih hilang itu juga telah dirampas untuk siasatan, semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekumpulan pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman telah mengambil simulator tersebut sewaktu memeriksa rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, Selangor.

"Simulator itu kini berada dalam tangan kami dan sedang dipasang kembali untuk disiasat oleh pakar kami," kata Khalid dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.

Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas. ( Sumber Berita)

Gambar Simulator Kapten Zahari

Gambar simulator pesawat yg dibuat oleh Kapten Zaharie.


Gambar simulator kapten zahari mh 370


Gambar simulator kapten zahari mh 370

Post a Comment

0 Comments