Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya baru sahaja menonton Buletin Utama TV3 dan mendapat info berkaitan Pelan Catuan Bekalan Air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi, saya sempat singgah ke laman Sesawang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan ingin berkongsi status terkini mengenai pelan catuan bekalan air Peringkat Pertama dan Ketiga di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya  yang bakal disambung sehingga April 2014.

Status terkini bekalan air

Senarai Kawasan Terlibat Catuan
1.Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang masih diaktifkan :
  • kerana  kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang masih tinggi di Sungai Langat. 
2.Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/ Shah Alam masih diaktifkan :
  • kerana pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing sebanyak 500 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30 JLH masih diteruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang.

Pengguna Diminta Jimat Cermat Menggunakan Air
1.Berikutan kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut diteruskan ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka :
  • pihak SYABAS berharap para pengguna yang terlibat agar sentiasa memberi kerjasama yang penuh dan terus berjimat cermat serta menghadkan penggunaan air untuk keperluan utama sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan pelan catuan ini. 
  • Para pengguna juga ditegaskan agar mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan kurang penting seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci longkang, mengisi kolam renang, menyiram pokok bunga dan menyiram bumbung premis kediaman/perniagaan semata-mata untuk menyejukkan keadaan. 
Jadual Catuan Bekalan Air
Orang ramai yang terlibat dalam kawasan catuan bekalan air,bolehlah merujuk pautan ini :Jadual Catuan Bekalan Air untuk mengetahui tarikh dan pelan catuan bekalan air yang disediakan oleh Syabas.

Pada masa yang sama, para pengguna yang masih belum memperolehi maklumat lengkap berhubung pelan catuan yang dilaksanakan ini seperti kawasan terlibat dan jadual catuan bekalan air, maklumat tersebut boleh diperolehi dari laman web SYABAS (www.syabas.com.my). 

Post a Comment

0 Comments