Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai pengumuman oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan penangguhan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ) kepada semua guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Baru-baru ini, ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga merangkap Menteri Pendidikan Malaysia datang ke Kajang sempena Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi Kajang, beliau ada mengumumkan secara ringkas beberapa perkara berkaitan PBS. Berikut antara kenyataan beliau berkaitan pelaksanaan PBS di sekolah.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid yang dinilai berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke dalam talian sebaliknya data berkenaan hanya perlu disimpan oleh para guru untuk tujuan rujukan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, penambahbaikan itu dibuat selepas pihak Kementerian Pendidikan mengambil kira pelbagai rungutan dan keluhan daripada para guru yang tertekan akibat perlu memasukkan data berkenaan.
Saya mendengar rungutan dan keluhan guru-guru. Mereka terbeban untuk memasukkan data kerana sehingga mengganggu tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik murid-murid. Saya sendiri tidak setuju jika guru perlu mengorbankan tugas hakiki kerana perlu memasukkan data.
Sebab itu data tidak perlu dimasukkan lagi, hanya dikemukakan apabila ibu bapa mahu melihatnya. Perincian lanjut mengenainya akan dibuat 18 Mac ini," katanya ketika berucap dalam Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi Kajang di sini hari ini.
Muhyiddin dalam pada itu menjelaskan, walaupun ramai guru mengakui sistem PBS adalah langkah yang baik dan mesti diteruskan, kementerian mengambil pendirian menyeluruh dengan menangguhkan dahulu pelaksanaannya untuk tujuan penambahbaikan.
Sebab itu kita tangguh seketika bagi ditambah baik. Malah ada suami isteri yang pasangannya guru turut merungut kehidupan berkeluarga agak terabai kerana perlu memasukkan data. Saya juga faham guru mesti mengajar, bukan hanya memasukkan data," katanya. ( Sumber Berita )
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!