Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Bukan sedikit kesedihan yang dikongsi berkenaan pengumuman oleh Perdana Menteri akan status Pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar sejak 8 Mac lalu.Pun begitu, ucapan takziah datang bertalu mengisi dinding facebook saya. Teman-teman di Facebook, masing-masing menunjukkan keprihatinan akan tragedi tersebut.Saya seperti anda semua, setia menunggu berita terbaru dan terkini akan perkembangan usaha-usaha menyelamat yang dikhabarkan melalui situasi sulit kerana cuaca buruk beberapa hari ini.Semoga segala usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan urusannya.amin.
Salam Takziah Kepada Waris Keluarga dan Rakan Taulan
Ruang dan peluang memiliki blog sendiri,menjadi pilihan terbaik saya untuk berkongsi rasa sedih dan mengucapkan salam takziah kepada semua waris keluarga dan rakan taulan tragedi MH 370.
Kepada ahli keluarga mangsa tragedi yang beragama Islam, Inilah namanya Qada` dan Qadar Ilahi. Rukun lslam ke-6 yang kita imani selama ini.DIA sudah tentukan Takdir Pesawat MH 370 dengan pengakhiran yang begitu.Tiada seorang pun yang ingin perginya dari alam ini tanpa tanda nisan di bumi.Allahu akbar!
Al Fatihah khusus buat mereka. Panjatkan doa kepada Ilahi, walau apa yang berlaku seterusnya nanti, semoga DIA kurniakan ketabahan dan melimpahkan kekuatan dalam diri para ahli keluarga yang terlibat.Takdir mereka sudah ditentukan, tinggal kita yang hidup ini harus pula mentadbir kehidupan yang seterusnya.
Takdir Pesawat MH370 :Penerbangan Berakhir di Lautan Hindi
Saat berkongsi catatan ini, saya banyak mengutip berita dan informasi dari pelbagai sumber.Sama ada menonton di kaca televisyen secara langsung ( laporan khas dari TV3), siaran berita dan video di Astro Awani, tidak ketinggalan juga perkongsian rakan taulan di laman Facebook dan juga pelbagai sudut pandang dan analisis yang dikongsikan banyak blogger tempatan di blog masing-masing.
Semuanya saya ambil sebagai tambahan ilmu, yang saya tahu tidak mungkin saya akan mencernanya seorang diri jika saya diminta untuk mengambil kursus penerbangan atau apa sahaja ilmu berkaitan dengannya.Sungguh!.Saya menganggap, meski tragedi dan misteri kehilangan MH 370 belum terjawab sepenuhnya, saya percaya satu perkara :
Semuanya saya ambil sebagai tambahan ilmu, yang saya tahu tidak mungkin saya akan mencernanya seorang diri jika saya diminta untuk mengambil kursus penerbangan atau apa sahaja ilmu berkaitan dengannya.Sungguh!.Saya menganggap, meski tragedi dan misteri kehilangan MH 370 belum terjawab sepenuhnya, saya percaya satu perkara :
Allah tidak kan pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, tanpa mahu kita mengambil pengajaran, pelajaran dan pengetahuan darinya..
Secebis Kisah Juruterbang sebagai HERO SEBENAR
Dalam pada kita mendapat dan membaca begitu banyak sudut pandang dan analisis pakar, saya terpanggil untuk berkongsi kisah yang satu ini. Misteri kehilangan pesawat MH 370 telah dihurai dan dianalisis dengan cukup mudah oleh seorang juruterbang yang berpengalaman selama 20 tahun bernama Chris Goodfellow. Sebelum ini, wujud juga andaian terhadap Kapten pesawat MH370, sehingga membawa kepada isu rampasan simulator penerbangan beliau oleh pihak polis.Namun, belum ada sebarang jawapan dan penjelasan tuntas tentang hal ini.
Isu Pesawat MH370 Terlalu dirumitkan
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Pesawat Berpatah Balik
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Juruterbang Membuat Pusingan Kiri
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Kemungkinan Berlaku Kebakaran Dalam Kokpit
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
Pesawat Menggunakan Sistem Autopilot
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.(Sumber Berita : Teori Juruterbang Hero Sebenar)
Penutup Teori Juruterbang Hero Sebenar

Saya tidak akan kongsi sudut pandang yang satu ini,kecuali saya dan anda mendapat sesuatu yang bermanfaat darinya. Paling mudah, saya dan anda dapat sedikit pengetahuan,apa yang akan berlaku jika berlaku kebakaran di kokpit dan bagaimana juruterbang bertindak.
Dari sudut yang lain pula, misteri tetap belum terjawab, selagi kotak hitam yang ibarat 'nyawa" atau aset berharga bagi merungkai punca dan sebab musabab kehilangan pesawat MH370 ditemui. Teruskan berdoa tetapi simpan disudut hati rasa redha walau sebarang "mungkin" yang mendatang.InsyaAllah.Amin.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!