Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2014. Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.
Tentatif Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
Berikut merupakan tentatif atau jadual kursus yang dijalankan selama satu hari. Anda boleh muat turun sendiri jadual kursus ini pada pautan ini : Jadual Kursus Tips dan Panduan Perkhidmatan Awam
Anda juga boleh menyemak lokasi kursus percuma ini yang akan diadakan diseluruh negara sepanjang bulan April 2014. Sila klik pautan ini : Lokasi Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam atau klik Pada Gambar.
![]() |
| Lokasi Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam |
Kursus Percuma Kepada Pencari Pekerjaan
Penyertaan kursus ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
i) Tiada sebarang bayaran dikenakan;
ii) Berpakaian kemas; dan
iii) Nota-nota kursus disediakan.
Daftar Kursus Secara Online

Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:
Daftar Kursus Secara Online
Bagi anda yang ingin mengikuti kursus ini, anda boleh mendaftar terus secara online dengan memasukkan butiran diri anda di sini :Daftar Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Secara Online atau Klik Pada Gambar dibawah.
Borang Maklumat Peserta
Borang Pengesahan Kehadiran ( Klik Pada Gambar )
Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:
Encik Anwar bin Umar Ruszaman : 03-8885 6459
Cik Diana Amira binti Mustapa : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069
Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada anda yang sedang mencari pekerjaan atau berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam:)


0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!