Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Isk..isk..sedih semacam dengan tajuk entri kali ini.Sangat rindu untuk menulis dalam blog personal Cik Matahariku ni.Namun begitulah adanya.Bila kehidupan dan hidup ini memerlukan kita sentiasa memilih yang mana satukah harus menjadi keutamaan.Dalam diam, saya tetap simpan rasa syukur.Manalah saya pernah terfikir dahulu bahawasanya sekarang ini, meskipun saya tak dapat menjadi wartawan atau penulis ( cita-cita yang tidak kesampaian dulunya) Allah masih kurniakan saya peluang tetap dapat menjadi "penulis atau wartawan" dengan memiliki blog seperti ini. Allah...( Ya, nikmat Tuhan yang manakah yang dapat saya dustakan ke atas diri saya..).
Bila Blog Bukan Lagi Keutamaan
Saya masih membuka blog sendiri dan singgah juga membaca entri terbaharu rakan-rakan, tetapi untuk menulis secara personal seperti ini ( wahh, kali ini Allah pinjamkan masa kepada saya untuk menulis akhirnya..:) sangat jarang saya miliki akhir-akhir ini. Ya, begitulah kisah entri saya kali ini, bila Blog Bukan lagi Keutamaan.
Ada juga sesekali, idea melimpah untuk berkongsi pandangan dan luahan dalam blog ini, tatkala itu pula tiada rezeki masa untuk menulisnya.sudahnya idea berkubur sahaja dalam minda yang semakin menginjak usia ini.Saya sempat singgah ke Blog Blogger Lelaki, beliau membicarakan tentang topik Minat dan Mengharap.Saya terkesan di situ.Bukan sebab minat dan mengharap pembaca setia blog ini ( kalau adalah..) tidak lari meninggalkan saya, tapi saya berasa kerdil dengan hasrat awal saya bila menceburi dunia blog ini. Saya akui, saya masih gagal dalam menguruskan blog ini secara berdisiplin dan konsisten.
Macam manalah Allah tak tarik nikmat masa lapang untuk tulis blog, saya sendiri yang tidak merancang sebaiknya dalam memastikan kelangsungan blog ini untuk terus hidup dan terisi dengan catatan muhasabah atau hikmah kehidupan yang saya lalui ini.
Jangan Tangguh Nak buat Baik
Ya, inilah nasihat saya kepada anda semua.Saya mendapatnya kerana melihat kelemahan saya sendiri yang kerap bertangguh jika mahu berbuat baik. Kalau anda rasa baik tindakan atau perbuatan yang anda ingin lakukan ( dengan syarat tidak melanggar hukum syarak ) maka segerakanlah!
Saya mendoakan untuk anda semua, yang tekun menelaah isi bicara saya ini, supaya sentiasa dalam keadaan iman yang sempurna, rezeki melimpah yang diberkati dan senantiasa beroleh berkat dan rahmat Ilahi.Amin.
Sampai jumpa lagi.Doakan juga untuk saya.Doa untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.Terima Kasih..:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!