Permohonan e-G Tukar Guru Sesi Jun 2014 Kini Dibuka

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saban tahun pelbagai cerita dan keluhan yang kita dengar berkaitan masalah penempatan para guru di Malaysia.Saya sendiri berasa kasihan dan terkilan jika ada kalangan guru yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga seperti suami atau isteri dan anak-anak, semata-mata menyumbang khidmat bakti kepada anak bangsa. 

Ada juga kalangan rakan guru yang berjaya dalam permohonan e-G Tukar mereka, tetapi itupun mengambil masa beberapa tahun sebelum diluluskan. Ada masa saya berasa tersindir, apabila pernah seorang pegawai tinggi sebuah jabatan berseloroh dengan berkata : Jika ingin rumah dekat dengan sekolah,buatlah sekolah saya sendiri..Ishh.Jadi,kali ini saya kongsikan dengan anda yang berhasrat membuat permohonan pertukaran tempat perkhidmatan anda dengan mendaftar dalam sistem e-G Tukar bagi sesi Jun 2014.

cara mohon pertukaran guru 2014

Permohonan Pertukaran Guru Sesi JUN 2014  
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2014 ini melibatkan kalangan guru seperti berikut :
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based)
  • DG34 (KUP Time-based)
  • DG38 (KUP Time-based) 
  • DG41, DG44 (KUP Time-based)
  • DG48 (KUP Time-based)
  • DG52 (KUP Time-based) 
  • DG54 (KUP Time-based) 
Permohonan ini dibuka mulai 1 hingga 30 April 2014.
Kepada para guru yang terlibat, disini juga saya kongsikan maklumat statistik pertukaran guru antara negeri bagi sekolah rendah dan menengah.Semoga bermanfaat untuk rujukan anda semua.



Cara Mohon Tukar Dengan Sistem e-G Tukar Bagi sesi Jun 2014

Makluman am sebagai Panduan Guru:
1.Pengguna eGTukar perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan ke sistem . Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi satu sesi pertukaran.Sila Daftar di sini: Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2014.

2.Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya sekiranya ianya berada didalam jenis sekolah yang sama.

3.Pindaan kepada maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebelum menekan butang HANTAR.
   
4.Selagi pemohon tidak menekan butang HANTAR, maklumat pemohon atau maklumat permohonan tidak akan diterima oleh sistem

5.Pemohon WAJIB mencetak maklumat yang telah dikemukakan pada menu CETAKAN bagi tujuan mendapatkan nombor permohonan dan diserahkan kepada PENGETUA/GURU BESAR sebagai bukti permohonan.

Kriteria Guru Yang Tidak Layak Mohon Pertukaran

Namun begitu, bukan semua guru bebas memohon pertukaran ini.Kriteria guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran bagi sesi Jun 2014:

  • Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikut Kursus Dalam Cuti
  • Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
  • Guru yang telah tamat latihan LPBS tetapi belum cukup tempoh 36 bulan perkhidmatan di sekolah ditempatkan
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib

Info Pertukaran

Saya mempunyai beberapa pengalaman rakan yang berjaya dalam permohonan pertukaran mereka yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan guru yang benar-benar ingin berpindah sekolah. Antaranya seperti berikut :

1. Jika ingin berpindah kerana lokasi yang jauh, lampirkan tiket tol, duit minyak dan sebagainya yang berkaitan sebagai bahan sokongan kepada permohonan anda. Rakan saya yang ini juga memberi faktor keselamatan termasuk stress kerana setiap kali terpaksa menempuh traffic jam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah. 

2. Ada juga rakan saya yang memohon pertukaran dengan memberi sebab ingin memajukan diri dan berubah untuk mendapatkan persekitaran perkerjaan yang baru untuk lebih produktif dan asertif.

3.Ada juga yang kuat semangat dan nekad untuk berpindah dan sanggup turun naik pejabat di Putrajaya semata-mata memohon supaya pertukaran diluluskan.Maksudnya berjumpa atau buat temujanji dengan pegawai yang berkaitan.Ibarat pepatah: Hendak seribu daya..:)

Walau apapun sebab permohonan pertukaran kita, bagi pemohon kali pertama, sebenarnya sudah ada sebab yang disenaraikan dalam sistem permohonan tersebut, cuma anda perlu memilihnya jika berkaitan. Jika tidak, maka haruslah anda memikirkan sebab yang paling tepat dan sesuai bagi perpindahan anda.( Ini saya maksudkan kepada rakan guru yang ingin berpindah tetapi banyak sangat asbab birokrasi yang diberikan, sehingga bertahun-tahun anda menunggu kelulusan permohonan anda).

Akhir sekali, Allah jua sebaik-baik perancang untuk kita. Mungkin DIA sudah merancang sesuatu yang lebih baik, yang kita tidak tahu atau tidak nampak pada masa sekarang, hikmah kita ditempatkan di sesuatu lokasi untuk berkhidmat.  

Jalan terbaik, jika tidak mendapat apa yang kita sukai, maka belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.InsyaAllah..:)  

Post a Comment

0 Comments