Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Alam dan diri kita tidak akan terlepas dengan kehadiran warna.Warna itu sendiri ada kala memberi makna tersendiri dalam kehidupan setiap daripada kita kan?Hari ini saya ke sekolah dengan baju warna biru.Nampak sangat takde idea nak update entri kan.ahaha.Err, ini bukan masalah tiada idea, tapi dalam penulisan blog kita panggil sebagai kreativiti.uhuk.uhuk.yelah tu..
Makna Disebalik Warna Biru
Jom, kita check apakah maksud disebalik warna kegemaran Encik Husband saya ni.Saya tahu, bukan lelaki ini sorang sahaja yang suka warna biru, malah mungkin ramai lagi lelaki yang suka kaler ni.
BIRU
- Melambangkan kejujuran dan kemuliaan
- melambangkan perasaan dan emosi seorang lelaki
BIRU MUDA
- Dikaitkan dengan perasaan kasih dan sayang.Juga memberi gambaran akan kelembutan hati seorang perempuan.
BIRU TUA
- Melambangkan sifat rajin dan berdedikasi dan sering digunakan sebagai warna korporat.
BIRU TURQUOIS
- Sebagai lambang warna kehendak pertumbuhan spiritual dan ketegangan.
- Warna biru ini juga dikatakan warna yang paling sesuai untuk membuat sebarang keputusan penting.
- Ia juga dikaitkan dengan warna yang melambangkan kesedihan.
Sumber info warna dari sini.
Walaupun kita tidak perlu percaya akan maksud tersirat disebalik warna ini, ia tetap berguna sebagai panduan kita menjalani urusan hidup seharian kita kan.Anda pula, suka warna apa ya?
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!