Raja Dr. Nazrin Diisytihar Sultan Perak Baharu

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Negara dikhabarkan dengan berita dukacita atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan Perak pada petang Rabu lalu. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir dan Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada hari 29 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 29 Rejab, 1435 Hijrah. 

Sultan Azlan Shah Mangkat

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Marilah kita sebagai rakyat jelata yang menjunjung tinggi pemerintahan baginda, mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin.Amin

Raja Dr. Nazrin Diisytihar Sultan Perak Baharu
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu.Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Gambar Raja Nazrin Pengganti Sultan Perak

Sultan Nazrin Shah diputrakan di Pulau Pinang pada 27 November 1956. Baginda ialah putera sulung kepada Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan Tuanku Bainun Binti Mohd Ali. Baginda dihormati sebagai ikon yang berintelektual tinggi.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Sumber Berita : SINI







Post a Comment

0 Comments