The Liebster Award By ciklaili.com

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Yup,saya bukanlah peminat segmen-segmen.Anda boleh kira berapa banyak entri saya yang ada kaitan dengan segmen-megmen ni ( tak kuasa nak mengiranya kan..uhuk..uhuk..).Walau apapun, saya berbesar hati untuk menjawab beberapa soalan daripada cikLaili.com yang telah tag blog saya sebagai kesinambungan kepada The Liebster Award By ciklaili.com.

Liebster Award
Ada juga saya baca dalam beberapa blog kengkawan blogger yang anjurkan Liebster Award ni.Mungkin jika anda juga seorang blogger, award ni bukanlah perkara baru.Yang saya faham,objektif permainan ini ialah kita dapat eratkan silaturrahim dan persahabatan sesama rakan blogger.Alhamdulillah,terima kasih Ciklaili.com yang sudi tag blog Cik Matahariku ni ya:)  

Inilah jawapan saya atas 5 soalan yang diberikan oleh ciklaili.com :
1. Ceritakan serba ringkas tentang diri anda.
  • Saya seorang Ibu, isteri dan cikgu:).Dua tiga tahun kebelakangan ini cuba menguruskan sebuah blog.Jadi, tambah lagi satu status iaitu Blogger.Mempunyai 5 orang cahayamata berusia 10 hingga setahun.Berkahwin dengan bekas Ketua Kumpulan sendiri semasa mengikuti Kursus Biro Tatanegara (ahha).
  • Sangat menyukai karipap, teh tarik dan warna oren.
  • Suka menyebut perkataan Masya`Allah, hebat, terima kasih,gud girl ( kepada anak-anak pompuan) dan gud Boy (kepada Encik suami dan anak-anak lelaki).
  • Suka kepada sesiapa yang punya sense of humor, Bijak dan cakap beralas.
2. Apakah tujuan anda menulis blog.
  • Err, banyak tujuan manusia buat sesuatu kan, jika tidak banyak sebab musabab maka akan kuranglah kreativiti.hehe.Antara tujuan utama saya menulis blog ketika mula-mula dahulu ialah kerana mencari ruang lain menulis dan berkongsi fikiran dan perasaan selain di Facebook.Selepas kenal dunia blog, saya semakin menyukainya walaupun adakala sangat terhad masa yangd apat diperuntukkan untuk menulis blog.
  • Tujuan kedua saya pula ialah selepas mengetahui banyak peluang dalam berblog seperti menjana pendapatan, mengenali ramai rakan yang punya minat sama dan menyertai beberapa contest yang tawarkan hadiah, saya fokuskan pula menulis blog untuk perkara-perkara tersebut.
  • Niat untuk jadikan blog sebagai amal jariah juga saya tanamkan dalam diri supaya kita sentiasa berbesar hati berkongsi apa sahaja perkara baik kepada orang lain.InsyaAllah
3. Rahsia disebalik pemilihan nama blog anda.


4. Senarai 5 blog yang selalu anda kunjungi
  • Sejak saya menceburi dunia penulisan blog, blog-blog ini telah banyak memberi inspirasi kepada saya dalam berblog.Jadi, blog-blog ini memang kerap saya lawati.Ada masa saya datang sebagai silent reader, ada masa pula saya singgah dan hantar komen di blog-blog ini :
5. Senarai 3 entri yang anda sukai di blog ciklaili.com
Alhamdulillah, selesai sudah tugas saya menjawab soalan sempena Liebster Award daripada ciklaili.com.Harap-harapnya jawapan yang diberi memuaskan hati ya ciklaili:).Terima kasih sekali lagi dan semoga persahabatan dan ukhuwwah yang terjalin antara kita mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi daripada hasad dengki,fitnah dan buruk sangka.amin:)

Post a Comment

0 Comments