Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Lemau betul rasanya sebab dah hampir seminggu tak update blog.huhu.Banyak benda nak tulis tapi semua masuk dalam list draf je.Moralnya, kalau nak cuti lama-lama kena siapkan buat auto-publish punya entri.Cumanya, masih takde perasaan nak beriya update blog sebab uv dan pv blog macam ok je.hoho.menyampah orang baca.Syok sendiri pulak.hahha.
Nombor 1 Yang Tak Disukai
Kembali dengan tajuk entri kali ini.Ada jugak orang yang tak suka nombor 1 ni kan.Padahal dalam banyak benda kat dunia ni, kalau boleh nombor tulah yang dikejar sangat.
Contohnya kalau budak sekolah yang lepas ambik exam, harapan paling tinggi mesti nak dapat nombor satu.Ye tak? Kalau bab hantar assigenment pulak, kalau boleh kitalah yang jadi orang pertama yang siap dulu.Maklumlah pemegang Anugerah Dekan setiap semester.hoho.
Tambah pulak, kalau dah kawin, yang jadi isteri ni biar kita je satu-satunya suri hati Encik Suami kan.Haruslah.Tapi bila suami suruh masak itu ini, ko kata beli je kat kedai lagi senang.haha.Itu bukan suri hati tapi sengsara hati suami adalah...
Oklah, nombor satu tang mana yang tak disukai ni? Bukanlah tak suka tang mana kan, tapi tulah.Nombor ni, kalau ikut geng blogger macam kita ni kalau boleh dapat tu, tak payahlah lama-lama sangat.Nombor satu ni, kalau boleh, cepatlah gerak dan tukar jadi 2, 3, 4 atau 10 lagi bagus.haha.Tamak betul.
Inilah nombor 1 dekat pagerank yang blogger-blogger tak berapa nak suka.Kalau belum dapat nombor 1, memanglah kita kena usahakan.Saya dulu, secara peribadi akui, tak perasan macam mana pagerank boleh dapat 1.Cuma sekarang ni teringin nak tukar nombor 2 atau 3 pulak.Boleh ke?
Boleh.Dengan syarat kena rajin berusaha tawan hati Google.haha.macam mana nak tawan hati pakcik Google ni ya? Tulah.Kena bayak belajar lagi.
Ada sesiapa yang tak tahu macam mana nak check pagerank blog korang ke? Kalau nak tahu, meh saya tunjukkan.Yang dah tahu, dok diam-diam ya.:)
Cara Semak Pagerank Blog & Letak Button Badge
Tak susah mana pun.Boleh klik link ini:Check Pagerank Blog, kemudian ikut jelah arahan yang diberi.Lepas tu, kalau nak letak kat dalam blog button badge pagerank tu, generate code yang disediakan.Copy paste code tu, pi dekat edit HTML.Senang kan.
Kalau tak faham, boleh google tutorial yang lengkap cara nak pasang button badge pagerank dalam blog ya kawan-kawan.
Kelebihan pasang Button Badge PR Blog
Kalau mengikut bacaan saya, dengan meletakkan Google PR dalam blog sekurang-kurangnya akan dapat meningkatkan keyakinan pembaca terhadap kualiti blog, disamping memberi kelebihan blog kepada pengiklan yang mahu meletakkan iklan mereka dalam blog kita.
Ok, sekarang ni, dah tahu kenapa Blogger tak berapa suka nombor 1 kan.hehe.Sebabnya semakin besar nombor dekat Pagerank tu, semakin kayolah korang.Kayo apo? Kayo readers dan followers, selain kayo duit.hoho.
Terima kasih sudi baca entri ini.Kalau suka dan berguna boleh share dengan kengkawan lain.:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!