Tulusnya Kasih Abang

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya pasti.Sesiapa jua akan terharu sebaik sahaja menatap gambar ini.Meski gambar bisu ini hanya ada dua beradik dalam situasi Si Abang sedang mendukung Si Adik dengan wajah dalam kepayahan, rupanya gambar ini melukis seribu kisah yang pelbagai reaksi.

kisah kereta dilarikan penjenayah

Pertama kali saya melihat gambar ini dan membaca sepotong cerita tentangnya, seperti mustahil dengan usia 9 tahun si Abang, masih tetap rasional dan mempunyai kematangan dalam bertanggungjawab terhadap adiknya yang berusia 3 bulan.Subhanallah!

Sebagai seorang guru dan ibu, sungguh saya terkesan dengan kisah ini.Kisah ini memberi pengajaran kepada saya, didiklah setiap anak dengan sikap berdikari, bertanggung jawab serta tidak mementingkan diri.Meski pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupai dalam sekejap masa oleh si Abang, tetapi saya yakin, dialah Hero sebenar dalam kisah penuh tragik ini.

Si Abang boleh sahaja menangis di tepi jalan sehingga datang sesiapa yang menemui mereka, tetapi semangatnya untuk berjalan sejauh 500 m dengan mendukung si adik dan membawa beg sekolahnya sudah pasti akan membuat ibu dan bapanya tersenyum bangga dengan ketabahannya!

Mana-mana ibu bapa pasti ada membuat kesilapan dimana-mana.Saya juga mengambil ini sebagai iktibar.Semoga secebis kisah ini memberi pengajaran yang besar kepada semua ibu bapa.

Ada kala Tuhan menegur kita melalui kisah-kisah seumpama ini.Hanya tinggal kita mahu memahaminya dan mengambil peringatan atau tidak.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Post a Comment

0 Comments