Edisi MH 17 : Begitulah Kita Dan TakdirNya

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya pasti ramai antara kita yang sudah mengetahuinya.Ya, berita tentang nahas pesawat MH17 yang telah mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal.Pasti kesedihan berganda buat ahli keluarga mangsa beragama Islam kerana Syawal bakal menjelma dalam beberapa hari lagi.


Sebagai manusia biasa yang percaya dan beriman akan Qadha dan QadarNya, maka marilah kita bulatkan hati untuk menerima bahawa semuanya sudah tertulis.Janganlah sampai kita berkongsi sesuatu dan menulis atau menyebarkan berita-berita yang belum tentu sahih akan kebenarannya.Jika ini berlaku, ia ibarat mencalar perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Allah jua yang mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.Dalam pada kita mengikuti perkembangan ini, jangan lupa pesanNya dalam salah satu surah mengenai Nikmat dan Ujian dariNya.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah: 216)
Memang kita sangat lemah dan tidak mengetahui apa pun yang akan berlaku pada masa hadapan.Hikmah ayat ini membuat kita berasa lega dan lapang dada dengan apa sahaja Ujian yang datang.Kalau hal itu mengembirakan kita, kita bersyukur dengan rahmat pemberianNya, jika hal yang datang pula mendukakan kita, maka kita bersabar dan menerimanya dengan redha.InsyaAllah.

Jadilah kita redha dengan apa jua ketetapan yang datang kepada kita.Hanya dengan Redha kepadaNya, hati akan jadi tenang dan tenteram.

Post a Comment

0 Comments