Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Lama betul saya ambil masa untuk update blog ini.huh.Selain berkecil hati dengan EncikNuff ( terus terang nampak), saya juga berasa rutin pada Ramadan kali ini lebih sibuk dan letih berbanding Ramadan lalu.Pheww..yelah kan, ramadan tahun lepas baru dapat baby, dia tak tahu apa-apa lagi, ramadan kali ini, itu budak kicik, sudah jalan merata dan satu rumah sibuk dikemasnya!
Sambil-sambil basuh pinggan atau masak untuk Encik Suami dan anak-anak, terkenang-kenang juga nasib Ramadan saya yang sepertinya "biasa-biasa" sahaja.Sehingga sempat saya mengadu kepada Encik Suami bahawasanya saya ni, baru nak habis juzuk 3 ( Bacaan Al Quran) sedangkan orang lain dah nak habis 30 juzuk..huhu.
Banyak benda juga saya fikir dekat nak habis Ramadan ni. Tolak campur buka puasa dan bersahur, pi kerja balik kerja, tidur dan urus keluarga, tinggal sekerat hari je kot Ramadan tahun ni.Adoyaii.Sedih jugak!
Semoga Allah kasihankan saya, hambaNya yang lemah iman, kerdil jiwa dan banyak dosa ni.Semoga Allah beri kita semua peluang dan kesempatan bertemu malam mulia iaitu Malam Lailatul Qadar.Malam yang dikatakan padanya lebih baik dari seribu bulan.Malam dimana segala doa dan hajat diperkenankan.amin.
Wahai Allah! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau telah menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku pun berada dalam janji-Mu, menurut kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa saja yang telah kulakukan. Kuakui kepada-Mu nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, dan kuakui dosaku. Karena itu ampunilah aku, karena tak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau"
Ramadan dan Saya
Pun dalam banyak kekurangan persediaan dan usaha meraikan Ramadan, saya hambaNya yang kerdil dan banyak dosa ni berharap untuk bertemu dengan Malam Istimewa itu.Tuhanku, Engkau juga yang maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.Semoga Allah Rezekikan saya untuk bertemu dengan Malam mulia ini.amin.
Marilah kita, rebut peluang akhir sempena 10 malam terakhir Ramadan dan semoga Hari-Hari Terakhir Ramadan kita masih tetap bersinar dan diberi kekuatan beribadah sesungguhnya!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!