Kata Seribu Makna

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Sesetengah orang anggap motivasi penting untuk kita supaya terus bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya juga termasuk dalam "sesetengah" orang itu. Anda bagaimana? Kalau dengan anak-anak, lagi-lagi bila datang bab depa mengeluh atau merungut tentang kerja sekolah, saya akan "memujuk" dengan berkata : Takpelah, practise make perfect kan..:)

Ada masa juga bila Encik Suami buat sesuatu yang mengembirakan dan mengagumkan saya, spontan pula saya akan tepuk bahunya sambil berkata : Only The Best Man Will Do..:).Yup, ada masa kata-kata atau ucapan yang baik akan sentiasa diingati dan dijadikan pedoman buat kita kan?

Saya sangat yakin dan percaya, apa sahaja ucapan dan perkataan baik yang kita lontarkan merupakan doa.Jadi, jangan buang masa dan membazir untuk bercakap hal buruk dan tak elok.Kalau cakap baik, baiklah yang akan kita terima.Jika berkata yang buruk, maka ibaratnya kita menjemput hal buruk itu berlaku kepada kita.Nauzubillah

Ha, ini dia buah tangan dari saya untuk anda pula pembaca terbaik blog saya:) Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika suka:)



Post a Comment

0 Comments