Lebih Baik Diam

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Lebih Baik Diam.Ya, itulah yang saya rasa setuju sangat dengan semua pembaca facebook yang suka hantar komen yang tarafnya entah apa-apa atau sia-sia.Sudah lebih seminggu saya tidak buka akaun Facebook, kerana ada masa membaca komen yang tak tentu hujung hala juga menyesakkan dada.


Dan saya berasa tidak faham kenapa ada sesetengah orang yang tergamak dan sanggup "memadankan muka orang lain, atas penderitaan dan kesakitan yang dihadapi" hanya kerana kesalahan atau silapnya semasa sihat dan berupayanya dia.Wallahualam.

Saya kongsikan hal ini apabila mendapat berita mengenai saudara Mazidul Akmal Sidek, bekas pengacara Tv3. Beliau memang terkenal dengan kelantangan bersuara dan pernah mengemparkan Malaysia dengan edisi siasatannya tentang Pusat Tahfiz Amal yang kini sudah ditutup akibat kepincangan peringkat dalaman.

Bila saya singgah ke facebook yang berkongsi berita ini , banyak komen yang dihantar dan ada juga komen yang dihantar dengan sengaja untuk "menyakitkan hati".

Saya tulis tentang ini bukan sebab saya lebih baik atau bagus dari anda, tapi paling mudah, letakkan sahaja diri "Mazidul Akmal Sidek" itu di tempat anda.Bayangkan jika yang terbaring atas katil itu diri sendiri atau ahli keluarga kita.


Beliau diberitakan terkena strok dan separuh tempurung kepala dibuang.Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau.Sedekahkan juga Al Fatihah kepadanya semoga beliau sendiri dan ahli keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan dengan Ujian ini.Amin..


Post a Comment

0 Comments