Puasa Budak-Budak

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Rasa ada sikit tersindir juga pagi ini saat cuping telinga saya menangkap suara ustaz dalam slot pagi "Bismillah" di TV9.Biasanya jam 6.30 pagi atau paling lewat 6.45 pagi saya memang dah sampai sekolah dan terus masuk ke bilik saya.Terus pasang lampu, kipas dan pendingin hawa.Langkah seterusnya saya akan pasang televisyen ( sebab suasana kelas dan bangunan yang masih sunyi..).Ada masa sengaja jugak saya kuatkan volume tv ni biar tak rasa sensorang.haha.Dasar penakut jugak ni.

Huh, saya ni memang suka 'ke laut" dulu sebelum sampai ke mukaddimah entri. Sambung cakap Ustaz tadi, yang saya dengar dalam tv9 tu.Ustaz tu kata:

Dalam bulan puasa ni, buat perkara yang sunat atau apa sahaja perkara yang harus akan diberi pahala.Termasuklah tidur.Kalau tidur ( dengan kadar yang sesuai ) pun Allah beri pahala, apatah lagi kalau kita buat amalan atau ibadah lain..
Jadi, kita ni yang sudah dewasa, takkanlah masuk je bulan puasa, asyik nak tidur sahaja.Janganlah kita terus-terusan dengan taraf puasa budak-budak.Umur semakin meningkat, asal masuk bulan puasa, takde kerja lain, tidur sahaja! (Dengan sedikit edit untuk sesuaikan mesej ).
Ha, dengar tu.Saya pun fikir hal yang sama.Apatah sekarang ni dah level "mak budak".Takkan level puasa tu masih lagi ditahap "budak".Memang buat saya termenung jugak.Walaupun saya tidaklah tidur memanjang, tapi ada juga dalam bab lain, ibadah puasa saya masih macam budak-budak.Aduh..memang bagus kalau sekali-sekala kena " smash" macam ni..

Cakap banyak memang tak bagus bulan-bulan puasa ni, jadi marilah kita renung-renungkan..
Terima kasih sudi baca dan kongsikan jika suka:)

Post a Comment

0 Comments