Harap Tidak Akan Berjumpa Lagi

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Errkk..lain macam bunyi tajuk entri saya kali ini.Macam nada orang kecewa pun ada.uhuk.uhuk.Sebenarnya time blogwalking tadi, ada jumpa satu Qoute dalam Bahasa Inggeris, yang maksudnya lebih kurang macam tajuk entri nilah.Dalam hidup kita ini, ada masa kita akan berjumpa dengan seseorang atau beberapa orang yang selepas kita mengenalinya, maka kita "bersumpah" dalam hati tidak mahu lagi berjumpa dengan orang yang sepertinya.Ada tak macam tu..?

Dah.Tak payah nak sorok sangat.Tambah-tambah lagi kalau orang tu memang menyakitkan hati dan telah buat air mata kita mengalir.eceh-ceh.


Sumpah Tidak Mahu Berjumpa Lagi
Kalau setakat kongsi pengalaman, saya pernah sampai tahap "bersumpah" tidak mahu jumpa lagi dengan sorang "pakcik" ni yang anggap dia macam masih muda remaja.huh.Masa tu saya sedang buat praktikal dengan sebuah akhbar arus perdana di selatan tanahair.Pendek kata dia memang seorang wartawan senior.Setakat dalam Office, dia memang senyap dan tidak banyak menegur saya.Saya pun hormati dia selaku senior dan bolehlah saya agak pangkat bapak-bapak dengan saya waktu tu.

Yelah, saya pun masa tu tak habis lagi belajar.Pun akai tak panjang lagi.Belum tambah dengan kadang-kadang ( selalu sebenarnya) lurus bendul tak kena tempat.erkk.Ada satu hari, beberapa hari sebelum saya menamatkan praktikum saya, wartawan senior ni ajak saya dan juga abang-abang wartawan yang lain minum petang di sebuah restoran berhampiran.Saya ikutlah sebab fikir last time lepak-lepak dengan depa yang banyak tolong saya up story untuk lengkapkan assignment saya.

Lepak Restoran Mamak
Weii..mesti hang pa semua dok tak sabar nak tahu end of the story eh.Okeh, den sambung cerita. Sebelum balik lepas lepak-lepak ( lepak-lepak setakat makan roti canai kat restoran mamak je pun..muahaa..)wartawan senior ni ajak kami semua keluar hujung minggu pi main bowling kononya.Macam saya bagitahu tadi.Saya ni lurus tak pikir panjang, setuju untuk keluar dengan depa semua.sebab abang-abang tu pun semua layan saya baik walaupun saya masa tu 'budak mentah'.

Alih-alih masa hari kejadian, saya sampai office sebab janji nak pi sama-sama, yang ada wartawan pangkat bapak tu je.Dia kata yang lain dah gerak dulu, sebab saya lambat.erkk.Nak tak nak terpaksa saya tumpang kete wartawan senior tu.

Jadi Isteri Nombor 2
Mesti hang pa dah dah dapat agak pengakhiran jalan cerita ni kan.Ok, ringkasnya wartawan senoir ni memang psiko sebab bawak saya pi 'main bowling" kat Orchid Valley! Sampai tahap nak pegang-pegang tangan dan ajak kahwin untuk jadi isteri nombor 2!pheww..

Kalau cerita semua memang agak mendatangkan aib, tapi begitulah adanya.Saya memang dapat pengajaran yang paling besar selepas peristiwa ini sebab tidak fikir panjang dan fikir buruk.Satu lagi, nasihat saya kepada adik-adik pompuan yang remaja dan muda belia, kalau jumpa mana-mana lelaki baik, yang kita tak kenal sangat tak payahlah nak percaya sangat.Fikir yang buruk demi keselamatan diri.


Memang harap tidak akan berjumpa lagi dengan wartawan pangkat bapak ni. Syukur Tuhan masih melindungi saya dan insaf sebab tak jaga diri betul-betul masa tu.Percayalah, memang tidak akan selamat kalau wanita keluar dengan lelaki yang bukan mahram.Syaitan memang ada dekat mana-mana untuk menyesatkan kita.

Semoga kisah ini memberi peringatan berguna kepada semua kaum wanita..:)

Post a Comment

0 Comments