Hari Emosi Se-Malaysia

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Hey, rasa macam betul-betul dah berkarat kepala otak ni time nak update entri terbaru dalam blog ni.Pheww.Masih ingat dengan Hari Berkabung Malaysia pada Jumaat lepas?Sungguh hiba dan meruntun perasaan terutamanya kepada ahli keluarga dan sanak saudara terdekat yang menyambut kepulangan jenazah atau mangsa MH17.Ya, begitu takdir Ilahi akan episod akhir kehidupan mereka.Bagaimana dengan kita pula nanti ya?

Hari Emosi Se-Malaysia
Petang hari yang sama, saya pula menjadi seorang yang "terlebih emosi' di tempat kerja sehingga tergamak complain secara terus terang (melalui telefon ) tentang cara seseorang melakukan kerjanya.Teruk tak saya? Ah, memanglah teruk.Akibatnya, si dia bermasam muka dengan saya dan enggan bercakap dengan saya.Padahal sebelum ini, kami memang baik dan saling menghormati.Padanlah dengan muka saya.


Cuma dalam pada tu, masih lagi saya tertanya-tanya.Kalau ikut kronologi cerita sehingga saya 'hilang sabar' dan menegur si dia, Orang yang sepatutnya berasa kecil hati dan kecewa serta yang sepatutnya bermasam muka itu ialah saya.Adoyaii.Tolong saya!!!

Ya, begitulah adanya hidup ini.Dalam amarah saya kepada si dia, saya memang katakan padanya yang saya telus dan berterus terang.Saya memang tidak dapat terima jika ada orang lain yang melakukan kerjanya sambil lewa hanya kerana tiada kepentingan utnuk dirinya di situ.Saya luahkan emosi marah saya kepada si dia.Saya marah dan kecewa kerana perlu dan terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan untuk urusan borang PTB selesai sedangkan kalau ikut prosedur hanya perlu tempoh masa sebulan sahaja.Grrrrrrrrrrr.

Wahh..ni kalau ikut dan dilayan emosi tak stabil, mahu penuh satu blog ini dengan bebelan dan aduan saya.erkk.Cukuplah aduan saya setakat ini. Saya dah pun redha dan berlapang dada dengan apa yang terjadi.Alasan yang diberi bahawasanya borang yang saya pernah isi sebelum ini cicir dan hilang, telah saya ganti dengan isi borang yang baru.Cuma kenapa, bila saya tanya dan minta follow up, barulah hal ini diuruskan.Cuba bagitahu, macam manalah saya tak geram dan marah dan kecewa...grrrr.sudahlah tu!Tadi kata dah redha kan...isk..isk..


Doakan Saya Sabar!
Seingat saya, saya jarang-jarang berkongsi perasaan dalam blog ini.Tapi kali ini, saya tak dapat simpan dalam hati lagi.Doakan saya supaya lebih sabar pada lain kali.aminn.

Saya mendapat pengajaran yang besar dengan peristiwa ini.Bahawasanya bukan semua orang boleh berlapang dada dalam menerima setiap teguran dan kritikan.Niat saya mungkin betul, sebab saya luahkan apa yang saya rasa, dan saya sudah memaafkannya, tapi bagi pihak si dia mungkin dia berasa sedih dan terluka kerana teguran saya itu.

Sesetengah dari kita mungkin boleh bersikap sediakala selepas meluahkan atau menegur orang lain kerana niat kita untuk kebaikan bersama ( dari cakap belakang-belakang dan tak selesai masalah) tapi harus diingat, bukan semua orang akan fikir begitu.Memang tak boleh harap orang lain untuk berfikir seperti mana kita fikir!

oklah.cukup-cukup sudah....cukup sampai di sini saja...:) 

Post a Comment

0 Comments