Kalau Tuhan Beri Peluang Baca Hati Orang Lain

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Ah..memang tak dapat nak bayangkan kalau Tuhan bagi peluang kita baca hati orang lain.Adakah semua perkara akan jadi lebih mudah dan lebih baik? Tak payahlah nak susahkan diri sibuk nak tahu perihal hati orang lain.

Sebenarnya dengan tidak memberi kita peluang ini, memberi lebih banyak kemudahan dan kebaikan kepada diri kita.Sebabnya, tanyalah orang yang selalu suka menjaga hati orang dan berusaha untuk sentiasa memahami orang lain, tentu dia akan berasa letih juga akhirnya.Nak-nak kalau orang yang dia sibuk beria jaga hati tu, tak fikir pun perasaan dia kan?


Cehh..dah macam batu api pun ada ayat kat atas tu..hahha. Entri ni sebenarnya nak kita sama-sama belajar untuk terima orang lain seadanya.Ya, begitulah lebih kurangnya.

Tak mengapalah.Ada hikmah tersendiri kenapa Allah tidak beri kita ruang untuk baca hati orang lain meskipun orang itu insan paling rapat dan baik dekat kita.Termasuklah pasangan hidup kita.Termasuk juga ibu dan bapa kita.Ya, sesiapa sahaja termasuk juga sahabat dunia akhirat kita...

Dengan kasih sayangNya, meskipun kita tak mampu baca hati insan yang kita sayang, kita boleh baca gerak geri, perkataan dan juga keprihatinan mereka terhadap kita kan.Tapi masih jua kita tak akan dapat setepatnya maksud hati mereka.Jadi, disitulah kita ajar diri kita untuk terima kelebihan dan kekurangan dengan seadanya.


Senang cakap, dengan tidak mendapat peluang baca hati orang lain itu sebenarnya ALLAH telah memberi hal-hal lain yang lebih banyak kepada hambaNya.Misalnya kita belajar untuk bersangka baik, belajar untuk membina kepercayaan, belajar untuk menghormati perbezaan dan belajar untuk menerima seadanya.

Kerana ada masanya dengan tidak mengetahui sesuatu itu lebih baik kerana mungkin jika dengan mengetahuinya akan membuat kita lebih terluka dan kecewa...Allah jua lebih mengerti segalanya.


Post a Comment

0 Comments