Salam Aidil Fitri Seminggu Raya!

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Hampir seminggu kita di Syawal yang mulia ini.Mood Tuan tanah untuk berblog masih suam-suam kuku.Huk aloh.Mana tidaknya berhari raya dari Muar-Kota Tinggi-Johor Bahru-Batu Pahat-Muar-Kuala Lumpur!Padanlah muka bila balik semula ke KL, bawak sekali sebeban baju kotor.Erkk.Bukanlah raya sakan, tapi itulah rutin saya sekeluarga apabila musim raya. Rutin menziarah sesama adik beradik dan sanak saudara.Sangatlah bahagia apabila melihat kaum kerabat yang kita ziarahi, tersenyum menyambut dan meraikan kedatangan kita.Tak gitu?


Syukur AlHamdulillah atas nikmat berkeluarga, bersaudara dan juga punya ayahbonda. Semoga Allah melimpahkan kita semua dengan rahmat dan rezeki yang melimpah dengan semangat menyambung dan mempererat silaturrahim.amin.)

Raya anda semua bagaimana pula ?Meski saya rasa terkilan kerana syawal kali ini tidak dapat berhubung dengan rakan lama kerana masalah telefon bimbit saya dan Encik Suami yang terpaksa sama-sama masuk "bengkel".Tapi itulah.Sabar sahajalah dan cuba fahami hikmah disebalik dugaan ini.Semoga Allah tetap menitipkan kesabaran yang tinggi buat kami berdua.amin.

Ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi berkunjung dan singgah ke blog ini meskipun tuan tanah hanya "buka kedai" pada hari raya ke-6!Saya tidak mengenali anda semua sepenuhnya, namun saya susun jari sepuluh mohon kemaafan andai tulisan saya dalam blog personal ini ada yang menyinggung hati anda.Banyak sangat yang pastinya saya sebagai manusia biasa terlepas pandang.Mohon Maaf Lahir dan Batin ya:)

Semoga terus setia bersama Cik Matahariku:)


Post a Comment

0 Comments