Siapa Sebenarnya Khalid Ibrahim ?

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Polemik dan pelbagai dakwaan terhadap MB Selangor, pastinya membuat masyarakat awam tertanya-tanya siapakah sebenarnya Khalid Ibrahim? Saban hari, nama beliau disebut-sebut sama ada dalam Buletin Utama, Astro Awani,apatah lagi di Berita TV1 dan TV2.Belum lagi kita baca dalam pelbagai media cetak arus perdana dan bukan arus perdana.


Saya tidaklah ingin mengaitkan entri ini dengan kontroversi politik yang sedang hangat diperkatakan kini, sebabnya saya lebih berminat untuk kongsikan Siapa Sebenarnya Khalid Ibrahim sebelum beliau menceburi dunia politik.Pada pengamatan saya, beliau bukanlah sebarangan tokoh, malah mempunyai rentetetan pencapaian cemerlang dalam kerjaya dan sumbangan besar terhadap pembangunan negara.Mari kita lihat Biografi ringkas beliau yang saya perolehi dari SINI.
Latar Belakang
  • YAB Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim (lahir 14 Disember 1946 di Kuala Selangor) merupakan Menteri Besar Selangor ke-14 dan terkini daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah ketua Keadilan Cabang Ijok dan Bendahari Agung PKR. Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang ahli korporat berbangsa Melayu, dengan ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya dan MBA daripada Universiti Queensland.
  • Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan. Salah seorang daripada anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane,Australia. Tan Sri Khalid takut kepada kucing walaupun keluarganya memelihara 20 ekor kucing.
Pendidikan
  • Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, S.P.M.S., P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.


Kerjaya

  • Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).
  • Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).[2] Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.
  • Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).
  • Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Anugerah

  • Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
  • Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Post a Comment

0 Comments