Tips Elak Pokai

Dengan Bismillah Dan Selamat Sejahtera,
Cakap pasal poket pokai ni memang bukan benda happy kan.haha.Tambah-tambah bila poket pokai ni kena pulak tengah-tengah bulan. Time bukak Facebook tadi, jumpa pulak sorang kawan share tips bagus untuk elak pokai.Jom kita belajar..:)


Tips Elak Pokai
Memang bukan semua orang ada kemahiran untuk urus dan rancang kewangan sendiri.Banyak cara juga kita boleh belajar dan ambil tahu untuk mengurus kewangan sendiri.Lain pula ceritanya kalau sudah berkeluarga dan punya tangunggan dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Ada sesetengah orang yang sanggup habiskan wang untuk lebih bergaya walaupun tak berjaya.uhuk-uhuk...Ada juga yang lebih rela nampak kaya walaupun poket tak berapa nak ada.Tak kisahlah.Ikut suka depalah.Tapi, jangan sampai dek kerana nak sangat nampak bergaya dan kaya, hujung bulan tepon kawan atau saudara mara mintak duit belanja...erkk.

Tak payah nak tunjuk dekat semua orang kita orang bergaya dan nampak kaya, kalau hakikat dan realitinya dalam bank dan tabung satu sen simpanan pun takde.hihi.

Paling penting, bersederhana dalam berbelanja. Ukur baju dibadan sendiri dan utamakan keperluan daripada kehendak yang belum tentu bermanfaat untuk diri.Takut-takut membazir dan tak cukup duit belanja sampai hari gaji.ermmm...



Post a Comment

0 Comments