3 Cara Mudah Menjadi Suami Yang Lebih Disayangi Isteri

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Siapalah yang tidak mahu disayangi isteri atau suami sendiri kan.Kalau ada pun yang tak heran dengan tajuk entri ini mungkin sekali dia belum berkahwin atau budak sekolah yang belum habis universiti lagi.erkk.Ini bukan bacaan bawah 18sx, melainkan bacaan umum buat penambah koleksi ilmu rumahtangga. 


Kenapa mesti menjadi suami yang disayangi isteri ?

Ah, banyak sebab dewasa ini, pihak suami dah tak ambil port kalau si isteri menyayanginya atau tak.Sebabnya dia ramai kawan dalam whatapps tempat dia bersembang dan juga banyak games terkini dan canggih buat teman kala sunyi.ok.ok.jangan marah para suami yang masih mithali dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga dan isteri sendiri.Thumbs up untuk anda!

Setiap isteri selepas mendirikan rumahtangga, seluruh hidup dan kecintaannya banyak ditumpahkan kepada suami dan anak-anaknya sendiri.Manakan tidak, isteri mithali dan ibu sejati tahu bahawa syurgaNya terletak dibawah telapak kaki suami.Menurut Islam,keutamaan seorang wanita apabila menjadi isteri ialah suaminya.Begitu sekali kan?

Jadi, kalau nak dapatkan doa seorang isteri, dapat perhatian dan kecintaan isteri sepenuhnya,dapat merasa masakan enaknya setiap masa,ayuh para suami semua,perhatikan 3 Cara Mudah Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri.

3 Cara Mudah Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri
  • Jangan berat tulang.Ambil masa 30 minit berharga anda untuk bantu isteri basuh pinggan selepas makan, tolong tukar lampin anak, tolong masukkan baju kotor dalam mesin basuh dan macam-macam lagi hal remeh dalam rumahtangga yang suami rasa itu bukan kerjanya tapi harus diingat bahawa perkara kecil inilah yang mempunyai nilai yang sangat besar kepada seorang isteri.Buatlah dengan rela hati tanpa disuruh.Jika anda bukan suami yang romantik, percayalah dengan buat hal kecil dalam rumahtangga, anda sebenarnya telah menunjukkan sifat romantik dengan cara tersendiri..:)
  • Beritahu dan kongsi hal penting dengan isteri.Kebanyakan suami tidak mahu kongsi hal kerja atau masalah kewangan keluarga dengan isteri. Para suami fikir,dengan beritahu dan kongsi hal tersebut akan buat isteri risau atau menambah beban isteri.Ada sesetengah suami fikir isteri tidak perlu tahu keputusan penting yang dibuatnya kerana semua yang suami buat tentulah untuk kebaikan keluarga.Yang menjadi masalah, ada pula suami yang lebih sanggup berkongsi masalah dengan teman sekerja wanita.Sebenarnya semua isteri sedia mendengar keluhan dan kerisauan suami dan tidak melihat ia sebagai satu kelemahan di pihak suami.
  • Tahu Keutamaan dalam Berkeluarga. Ada sesetengah isteri yang melihat suami tidak bijak dalam menentukan keutamaan dalam keluarganya.Suami yang berwawasan akan mendahulukan kepentingan keluarga berbanding yang lain.Terdapat suami yang lebih utamakan minat dan hobinya dengan memancing, berbasikal, bermain bola sepak dan sebagainya walhal pada masa yang sama si isteri memerlukan kehadiranya bersama dalam program keluarga, mengambil berat hal persekolahan anak dan sebagainya. 
Apa pendapat anda tentang hal ini?Mudah bukan menjadi suami yang disayangi isteri?Semuanya percuma dan tidak memerlukan perbelanjaan walau sepuluh sen pun wang simpanan anda.Mahu mencubanya atau berdiam diri dan membiarkan bahagia pergi jauh dari anda..?Tepuk dada tanyalah kemahuan di dada..:)

Post a Comment

0 Comments