3 Sebab Mengapa Allah Rahsiakan Hal Jodoh

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya tak merancang pun untuk menulis artikel tentang Jodoh ni.Tapi pertanyaan seorang sahabat dalam "reunion kami di whatapps" menerbitkan idea ringkas untuk saya kongsikan hal jodoh dengan pembaca di blog ini.Kalau tak kerana pertanyaan itu, saya sendiri kurang berfikir kerana belum sempat saya memikirkan tentang jodoh, sampai masa saya bersedia untuk berkahwin datanglah "lelaki istimewa itu" datang meminang.ceh gitu..huhu. ( jangan percaya 100 peratus ya..:)

Kenapa agaknya Tuhan rahsiakan jodoh kita ya?
Gambar ihsan Google
Saya melihat jodoh ini sebagai salah satu misteri yang tidak dapat kita rungkaikan melainkan setelah kita mendapat pasangan, barulah kita faham mengapa Tuhan jodohkan kita dengan insan tersebut.

Misalnya begini.Seperti saya yang ketika zaman remaja dan anak dara, sebelum mendirikan rumahtangga,pelbagai ketakutan dan "kecemasan"yang saya tanggung.Saya sangat takut jika mendapat suami yang cerewet dalam bab makanan, suami yang sangat bergaya dalam pemilihan pakaian atau tidak tahu menguruskan hal-hal mudah dalam rumahtangga.

Maka berdoalah saya siang dan malam supaya Allah jodohkan saya dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang saya harapkan.Selepas berkahwin dengan Encik Suami, fahamlah saya dengan kekurangan saya itu,DIA pinjamkan kepada saya seorang lelaki yang dapat memenuhi kekurangan saya itu.Syukur tidak terhingga saya kerana berjodoh dengannya.

Apakah 3 sebab yang saya katakan itu sebagai Rahsia Allah tentang hal Jodoh?

  • Jodoh itu sebahagian rezeki manusia yang Allah anugerahkan.Mendapat jodoh yang baik itu keinginan semua manusia. Dengan merahsiakan urusan jodoh manusia, pertamanya kita hanya akan berharap kepadaNya dalam menentukan jodoh yang baik buat kita.Allah mahu kita merasakan betapa kerdilNya kita sebagai hambaNya dan pada masa sama kita merasai kasih sayangNya kerana dalam soal jodoh pun dia uruskan untuk kita.Subhanallah.
  • Keduanya,mengapa DIA rahsiakan hal jodoh manusia ialah kerana sifat dan fitrah manusia itu sendiri.Fitrah manusia suka akan kecantikan,ketampanan, kesempurnaan fizikal, kekayaan harta benda, kepandaian dan banyak lagi.Sedangkan Allah mencipta manusia itu dengan pelbagai rupa dan bangsa, keturunan, berbeza kebolehan dan kepandaian.Jadi, dengan rahsiakan hal jodoh, semua hambaNya sama ada mempunyai kekurangan atau kelebihan akan mendapat "hak"jodoh yang sama.Semuanya ditentukan mengikut takdir dan dalam pengetahuanNya.
  • Sebab ketiga pula, meskipun DIA rahsiakan hal jodoh, namun tetap juga Allah kongsikan sedikit petunjuk buat kita supaya sabar dan bersangka baik denganNya.JanjiNya kepada semua hambaNya bahawa lelaki dan perempuan yang baik akan mendapat pasangan yang baik, dan begitulah sebaliknya.
Selagi mana kita mempunyai keyakinan yang teguh kepada ketentuanNya, selama itulah kita akan berasa tenang dengan segala perancangan Allah berkaitan jodoh.Lambat atau cepat urusan jodoh juga punyai hikmah tersendiri.Mari fahami hikmah : Muhasabah Diri Menanti Jodoh Ilahi. 

Lahirnya tulisan ini kerana muhasabah penulis tentang kebesaran Tuhan dalam merahsiakan hal jodoh.Jika ada pandangan yang tidak setara,harap dikongsikan sebagai tambahan kepada perkongsian pendapat sesama kita:)





Post a Comment

0 Comments