3 Teknik Mudah Tulis Entri Disukai Pembaca

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Bukan mudah nak tulis entri atau kongsi informasi yang memang betul-betul ngam dengan minat pembaca.Memanglah kita tak akan dapat raikan atau puaskan hati semua pembaca kita, tetapi sebagai seorang blogger yang "jiwa dan cintanya tumpah kepada dunia penulisan" haruslah ambil tahu Teknik Mudah Pikat Pembaca agar suka dan tertarik membaca apa yang telah kita tulis dan kongsikan dengan mereka.

Memikat pembaca tidaklah sesukar memikat wanita pujaan hati, uhuk.uhuk. Asalkan sahaja kita boleh "tackle" apakah kesukaan dan kemahuan mereka,Maka Insha Allah, tugas menulis entri akan menjadi mudah dan menyeronokkan.

Jadi,dalam hal ini apakah yang mendorong anda semua memilih untuk klik dan berkobar-kobar membaca artikel ini?Tentu anda ada jawapannya! 

Saya bukanlah pakar terbaik dalam penulisan blog, namun berdasarkan sedikit pengalaman dan ilmu yang pernah dipelajari semasa bergelar pelajar Komunikasi Massa di universiti, ingin saya kongsikan kepada anda bahawa sesungguhnya terdapat 3 Teknik Mudah Tulis Entri Yang Disukai Pembaca.

Ingat, anda tidak perlu memerah idea dan memikirkan tajuk yang bukan-bukan untuk entri anda.Hanya berbekalkan 3 Teknik Mudah ini, entri yang anda tulis pasti dapat menarik perhatian ramai pembaca.

Ya,seperti entri yang anda sedang baca ini.Saya telah menggunakan salah satu teknik tersebut.Lihat, betapa pantas kesannya kepada pembaca bukan?Ehem.

Ok.Jom kita lihat apakah 3 Teknik Mudah Tulis Entri Yang Disukai Pembaca.

  • Pilih isu atau topik entri yang mempunyai nila "human interest".Apakah itu human interest? Ya, hal-hal atau perkara yang menimbulkan rasa ingin tahu dan perasaan minat dan mendatangkan kesukaan minat pembaca.Lihat sahaja bagaimana akhbar tabloid seperti Harian Metro memilih hal-hal atau isu yang berkaitan human interest pada muka depan akhbarnya.Dengan memilih isu atau topik ikan haruan makan anak, ustaz mencabul murid atau guru besar makan rasuah, akhbar ini berjaya menduduki carta teratas dalam jualan akhbar tempatan.
  • Jika blog kita banyak berkongsi tentang hal personal, anda boleh kongsikan cerita sepertimana blogger-blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari sedang berhempas pulas menyahut cabaran segmen 30 hari lakukan.Misalnya Apa yang ada dalam Handbeg Blogger Fatin Liyanaerrkk..yang ini saya reka sendiri.hehe.Topik ini mendorong pembaca ingin tahu selanjutnya dan akan memilih untuk membaca artikel atau entri tersebut.
  • Letak Tajuk yang dapat membuai emosi dan mengikat minda pembaca untuk membaca entri kita sampai habis.erk.Macam artikel yang anda sedang baca ini.amacam?hehhe.Tentu sekali kerana tajuk yang saya berikan ini :3 Teknik Mudah Tulis Entri Yang Disukai Pembaca. Nampak perkataan yang saya besarkan ini? Itulah yang saya gunakan untuk membuai emosi anda dan mengikat minda supaya dok baca entri ini sampai habis.Yang pertama : 3 Teknik Mudah- penggunaan tajuk ini berjaya mengikat minda pembaca untuk baca hingga ke penghujung entri.Faktor kedua: Disukai Pembaca- penggunaan tajuk ini dapat membuai emosi pembaca kerana anda ingin tahu apakah yang disukai pembaca dalam sesebuah entri. 
Jadi, apakah teknik mudah ketiga yang dsebut-sebut dapat membuat pembaca suka akan entri yang kita hasilkan?

Nah,anda sedang mengikuti perbincangan ini dengan sebaiknya.Adakah anda telah dapat mengesan teknik ketiga yang saya ingin sarankan dalam 3 teknik mudah menulis entri yang disukai pembaca?

Ok.Inilah jawapannya.
  • Tulis entri dalam bentuk cerita dan gunakan teknik penyoalan mudah seolah-seolah kita sedang berborak kosong di restoran mamak sambil minum teh tarik.Mudah bukan?Adakah anda berasa saya sedang bersoal jawab dengan anda sekarang? Ya, begitulah maksud saya. 

Sekarang,saya sudah tunjukkan kepada anda untuk tulis entri yang disukai pembaca.Jadi,jangan berlengah, mulakanlah sekarang.Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments